==================
RUKUN QAULI DALAM SOLAT
==================
Rukun Qauli adalah bacaan yang dilafazkan dengan bersuara sekadar didengar oleh telinga sendiri.
Tidak sah solat jika dibaca hanya di dalam hati.
5 kesalahan yang biasa berlaku yang melibatkan perlanggaran rukun Qauli solat:
1. Takbiratul Ihram (Apabila tidak melafaz 'Allahuakbar' atau bacaannya cuma dalam hati)
2. Bacaan Al-Fatihah (Apabila tidak menyebut perkataan demi perkataan Al-Fatihah atau bacaanya cuma dalam hati)
3. Bacaan Tahiyat Akhir (Apabila tidak menyebut perkataan demi perkataan tahiyat akhir atau bacaanya cuma dalam hati)
4. Bacaan selawat di rakaat terakhir (Apabila tidak menyebut selawat Nabi SAW atau bacaanya cuma dalam hati)
5. Lafaz salam (Apabila tidak melafaz 'Assalamualaikum Warahmatullah' atau beri salam dalam hati)
Mari perbetulkan solat kita supaya menjadi lebih sempurna kerana solat adalah tiang agama. Jadi, solat yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Mudah-mudahan. Amin Ya Rabbal Alamin
– kak cik