Saya baru beberapa bulan berniqab. Sejak kebelakangan ni memang panas kisah sister berniqab bermacan2 perangai. Ye, saya malu teramat. Tapi saya sedar saya masih baru dalam dunia ni. Saya betul2 nak jaga diri, bukan berniat nak upload gambar semua. Syukur, masih terjaga tak tayang gambar kt media sosial. Ambil dan save dalam laptop shj. Instagram totally delete! Banyak negatif berbanding positif. Jujur, bila mengambil gambar berniqab tu, nafsu seolah membuak suruh tayang berbanding masa tak berniqab dulu. Allah, minta dijauhkan.
Aku belum ada kawan berniqab. Aku lagi selesa dengan kawan rapat yg aku ada skrg. Memandangkan aku agak introvert, so kawan aku pun jenis begini. Bukan jenis annyeong pe tah semua tu yg macam ada org confess tu, takde cerita pasal lelaki, oke lah takde ajak buat jahat atau bawa pengaruh negatif. Kalau aku dapat degree nanti, mesti dapat kawan baru kan. Aku tak mengharap nak ada kawan sejenis iaitu berniqab, cukup dia jaga maruah diri. Ye, tak kuat sebenarnya utk gerak sorang2 bagi si pemakai niqab, tapi kuat tu kan Allah yg bagi. Aku mintak utk diberi kuat dlm berniqab serta menjaga maruah. Asal aku dihadirkan Allah sahabat yg pandai jaga maruah, cukup bg aku.
Awak semua, jangan lah bash kami, jangan bash saya. Saya benci perbuatan upload gbr si pemakai niqab, saya malu tengok. Jangan pukul sama rata please? Saya tak kuat pun, saya takut kalau saya tak kuat berniqab satu hari nanti disebabkan tohmahan org sekeliling terhadap si pemakai yg lain, tapi saya terkena tempias.
Seperti biasa, dalam satu kumpulan itu x semua yg sama perangainya. Setandan pisang tu mesti ada yg x elok, kan? Apapun, doakan saya mampu istiqamah dah dapat sahabat yg pandai jaga maruah.
– Gadis kecewa