dulu lps PLKN bpk aku suruh amik lesen memandu kereta, waktu daftar aku mohon nak cikgu perempuan. hari pertama cikgu perempuan mengajar n hari kedua separuh masa cikgu lelaki mengajar, sbb ada sorg cikgu lelaki ni offer diri untuk ajar aku, aku mmg taknak cikgu lelaki tp cikgu yg perempuan ni mcm ada hal urgent waktu tu, jadi aku ya kan je walaupun berat hati. cikgu lelaki ni terus suruh aku drive, dia bawak aku keluar drpd litar driving school tu, nasib baik aku well versed tempat yg dia bwk aku tu, dia bwk tmpt sunyi yg mmg takde org kalau waktu kerja, tmpt tu jauh drpd taman perumahan, dan jauh drpd pekan. tmpt tu mcm tmpt riadhah/jogging. aku mmg sgt berhati2, korg boleh panggil aku paranoid, aku mmg diajar untuk over-protective kat diri sendiri. nak dijadikan cerita dia suruh aku drive sampai kedalam tempat tu, aku tau kalau jadi apa2, mmg aku tak selamat, jd aku buat2 terbabas ketepi sikit dlm perjalanan aku bwk tu, cikgu tu bg 'kata semangat' kononnya aku boleh drive, aku boleh cuba lagi, aku boleh teruskan lagi, cikgu tu mcm baik, tapi….
aku pun drive semula keatas jalan raya, dia pun tiba2 bukak cerita, dia tanya umur aku, tinggal mana, SPM dpt brp semua, soalan2 biasa, then dia tanya aku dpt smbung bljr mana. aku jawab UIA, dia pun start buka cerita, dia tanya aku awak nak tau tak rahsia pasal UIA ni? dia pandang je muka aku smbil aku tgh drive tu, pandangan yg creepy. aku ya kan je, dia pun bg la tau yg UIA ni ramai budak2 gay dan lesbian, dia kata la saya bukan nak tipu awak, cuba awak dgr cerita saya dulu. sebelum tu dia bahasakn diri dia cikgu, tiba2 pulak dia bahasakan diri dia 'saya', lepastu dia start cerita pasal nasty things, yg sepatutnya dia tak boleh ckp kat perempuan. aku baca ayat kursi byk2, dan Allah kuatkan aku untuk potong cerita dia, dan aku ajak cikgu tu patah balik. Alhamdulillah, dia ok kan je dan takde apa2 jadi kat aku. aku tak pernah cerita kat mak bpk aku psl hal ni, sku taknak diorg risau, ini fikiran aku waktu umur aku 18 tahun dulu.
korg tahu tak aku bukan org pertama, dan aku ada dgr cerita yg org report dia pernah raba pelajar kat situ,cuma pihak driving school tak buang dia sbb takde bukti.
bila aku masuk UIA, 2 org kwn aku yg dah amik lesen cerita yg diorg pernah kena raba dgn cikgu memandu diorg waktu amik lesen, dan diorg tak pernah mengadu dekat sesiapa. bila diorg bg tahu pihak driving school, still cikgu2 memandu ni tak ditahan pun sbb katanya takde bukti,ya benda ni bukan berlaku kat satu tempat driving school je, banyaak lagi tempat yg korg tak tahu, perempuan2 jd mangsa raba diorg ni. diorg sentuh peha waktu tgh brake, konon2 suruh kita berhati2, pegang tangan kita waktu kita memandu, kononnya nak ajar. selak kain untuk tengok kita pakai kasut apa, diorg ambil kesempatan atas ke'noob'an kitorg sebagai pelajar dan beginner.
aku harap ibu bapa kat luar sana prihatin waktu hantar anak2 anda ke sekolah memandu, aku tahu ramai cikgu lelaki yg mengajar memandu, tp usahakan kalau boleh dptkan cikgu perempuan. sekolah memandu dan pihak polis mungkin boleh usahakan sesuatu supaya nanti nasi tak menjadi bubur. aku nasihatkan kepada pelajar2 perempuan, korg bwk lah senjata apa2 ltk dkt tmpt yg senang kau nak capai, aku cdgkan korang pakai handsocks dan ltk pisau kecil dlm handsock kau sblh atas tangan, jgn kat tmpt nadi tu pulak. kalau jd apa2, at least kau boleh ugut cikgu gatal tu dgn pisau tp kau jgn la sampai terbunuh cikgu2 yg gatal ni, ni malaysia, nnti kau pulak yg kena hukuman gantung.
– HazelBram