Allah bayar cash trus.

Salam,
Dulu masa aku kecik2 aq selalu jadikan diary sebagai tempat luahan aku. Tapi bila tau adik beradik yg lain jumpa diary tu & bagitau semua org. Perghh promise, tu last aq tulis dlm buku. Semua rahsia terbongkar beb. Dah lama tak buat luahan hati haha. Aku ni bukan jenis yg cerita masalah dekat org tapi sekali sekala apa salahnya kan? Okay lah aq nk cerita pasal kejadian yg bru berlaku pda diri aku. Aku blajar di sebuah universiti. Biasalah bila student and nma pun remaja mestilah ada masa kita nk happy2. So cerita dia mcm ni. Tak smpi seminggu aq study kat situ roommate aku ajak "overnight". Jadi aku tak fikir panjang, lagipun bosan kalau hari minggu duduk dalam kampus tak buat apa2 so aku pun ikut roommate aku. Dia sewa kereta and bwk kereta tu. Kami study dekat melaka. Plan kitaorang masa tu hnya nk jalan2 sekitar melaka je. So malam tu lepas puas jalan2 roommate aku pun kata "weh nak buat apa ni? Dah bosan lah kat sini jom pergi johor nak?" Perghh aku kalau bab jalan2 ni memang aku suka konon nak travel lah. Jadi aku pun setuju dengan plan roommate aq. Kitaorang survive guna waze je. Cehh. Tapi aq memang tak bgitau parents aq pasal bnda ni, sebab aq tau kalau aq bgitau pun dorang takkan bgi aq klua. Parents aku strict so memang aq xbrani nk bgitau. Then dengan rasa happy kitaorang pun otw pergi muar, johor. Roommate aq bwk smpi johor dia kata nak rest sekejap dekat petronas sebab dh ngantuk. Time tu dah jam 3.30 am . So aq pulak gatal2 nk try bawak kereta aq pun suruh roommate aq tukar tempat. So aq duduk dekat seat driver. Ini first time ye aq cuba nk bwk kereta. Unfortunately, nasib aq sngt malang aku tekan minyak and kereta viva yg kitaorang sewa tu langgar dinding kuat gila. Roommate aku terhantuk kepala dekat cermin kereta. Nasib kepala tak teruk kna sikit je, tapi aq rasa bersalah gila. Aku luka dekat kaki . Masa accident tu ade tiga org abg naik moto dengar and nmpk kereta kitaorang langgar dinding tu. Salah sorang abg tu kerja towing Memang rezeki dia lah jumpa kitaorang lol. Jadi dua org abg ni bwk kitaorang naik moto dia and sorang lagi tolong bwk kereta kat tempat dorang. Kitaorang takut dorang ni nk buat bukan2 yelah kitaorang perempuan. Byngkan gila perempuan bwk kereta pagi2 buta memang kitaorang tak fikir pasal bnda buruk yg boleh brlaku but nasib baiklah allah temukan kitaorang dengan org yg nk menolong. Jadi smpi tempat dorang, dia kata kereta ni memang kna hntr bengkel sebab cermin retak, bampa patah and lampu pecah. Bila abg tu kata kos nk buat bnda ni hampir Rm1000 aq rsa nk nngis beb. Dhla bru awal2 masuk U confirm nk pakai duit bnyk. Aq dengan roommate aq memang nekad xnk bgitau parents. Kalau bgitau mampus doh. So ade sorang abg ni baik hati gila nk hntrkan kitaorang back to melaka. Byngkan dripada johor nk hntr smpi melaka rare doh nk jumpa org hntr kita free2 je. Thanks dkat abg tu. So kitaorang tunggu smpi 7am bru gerak. Kereta viva tu memang kitaorang deal dngan owner kereta sewa je. Tapi aq tkde pilihan, aq kna bgitau parents aq pasal ni sebab aq takde duit nk byr. PT pun blum masuk kalau tak boleh cover dripda bgitau parents. Nightmare doh kna bgitau parents pasal bnda ni. Aq ingat bila dh call parents, bnda ni settle smpi situ je. Rupanya on that day parents aq dri selangor susah payah datang dekat melaka nk tau pasal bnda ni. So aq pun masuk dalam kereta explain semua bnda. Parents aku memang tak sngka aq boleh buat mcm ni. Ini first time aku buat hal. Memang that day kena ceramah teruk . Aq menangis dlm kereta minta maaf dekat parents aq sebab dh menyusahkan dorang, yg pasti i've lost their trust. Duit tu aq promise nk byr balik. Satu bnda aq nk bgitau, aq kalau buat pape selalunya aq tak bgitau parents aq. So bila parents aq dh tau pasal bnda ni aq tau dorang kecewa dngan aq. Sebenrnya bnyk bnda yg parents aq tak suka aq buat senyap2. Sampai satu masa aq nmpk kebesaran Allah bilamana aq belakangkan mak ayah aq
Takmo bgitau parents aq apa yg aq buat Tuhan tunjuk cara utk bg itau dgn jalan paling aq tak terfikir. From that day, i learn. I learn how to appreciate my parents. Aq share ni main point aq nk bgitau jgn belakangkan mak ayah korang. Walau apapun dorang yg akan ade bila kau susah bukan kawan korang. Pengajaran untuk aq and in sha allah untuk korang jugak kalau nk buat apa2 fikir dulu perasaan parents. Aq nmpk muka kecewa parents aq, aq takkan ulang bnda ni lagi. Sekian

– Hamba allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *