Assalamualaikum , ni aku nak cerita pasal yang aku ni selalu balik lewat malam. Selama ni apa yang mak aku cerita kat aku aku langsung tak pernah nak percaya. Dia selalu pesan dekat aku kalau nak masuk rumah tu bagi salam kuat kuat. Korang nak tahu apa yang berlaku? Mak selalu cakap sebelum aku balik dah ada orang balik dulu tapi dia bukan orang. Aku pun tak tahu dia apa tapi dia menyerupai aku dia jadi clon aku. Aku ingat mak aku tu cuma buat cerita je so aku pun pedulikan lah. Sampai satu hari ni aku keluar dengan kawan² aku, aku balik lewat dalam jam 4:30 pagi gitulah. Jenis aku ni kalau balik lewat suka masuk rumah sesenyap sebab taknak ganggu orang yang tengah tidur. So aku masuklah rumah secara senyap-senyap dan tidak beri salam , lepastu aku terus berlari naik tangga pergi menuju ke bilik aku. Sampai je depan pintu bilik aku terus berhenti terdiam sebab aku nampak ada orang tengah baring atas katil aku. Aku tak tahu tu siapa , so aku pergilah dekat dengan dia aku tengok rupa dia sebiji macam muka aku sial. Baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Aku terus lari pergi dekat tangga sbab nak turun ke bawah. Semasa aku tengah berlari tu aku terjatuh dekat tangga , lepastu aku terus tersedar dari mimpi… sekian….
– weirdo