Aku rasa terpanggil nak tolong kau L. AKu pernah dalam situasi kawan kau. bezanya, aku takde kawan nak tlg aku,nak bagitau aku, dan nasihat aku untuk sedarkan aku, jahanamnya dosa yg aku buat bila msg/call benda tak senonoh.
Dalam situasi pempuan tengah hanyut bercinta, L, kau cakap lah apa pun, dia akan tetap dan terus bagi peluang kat laki tu coz dia sayang. just because of that. rasa sayang dalam hati dia melebihi segalanya. aku, 3 tahun bagi peluang kat lelaki yang sama, 3 tahun tanpa sedar, roh dan jasad aku menderita. terlalu hanyut aku dalam dosa yang sia-sia. lemahnya aku nak tolak permintaan lelaki yg aku syg, dan akhirnya itulah, terjebak dalam maksiat. bukan aku tak memberontak, bukan aku tak halang, tapi aku terlalu lemah. dan takut kehilangan. well, ini alasan yang sangat bodoh di telinga manusia yang mengerti makna cinta sejati.
dan dalam aku memberontak Tuhan bagi jalan keluar. Aku sendiri tinggalkan lelaki itu. dalam situasi kau ni L, kau kena ingatkan kawan kau, cinta hakiki pada Allah & rasul perlu lebih dari segalanya.
Kepada kawan L, nak taknak, kau kena tinggalkan lelaki tu. For sure, pujuk rayu nak kembali akan ada, tapi kau kena respect diri kau. kau bukan pelacur, nak fulfill desire of others selain suami kau. kalau kau layan jugak, tu tandanya kau menghamba diri utk kepuasan nafsu orang lain sahaja. dan nafsu diri kau sendiri. percaya lah cakap aku. jangan hidup dalam penipuan. sedarkan diri kauu! sedarlah sesedar-sedarnya. cari jalan kembali sebelum terlambat. sampai bila nak hanyut, sudahlah berbuat dosa. peluang kau bagi kat mamat tu sebenarnya peluang untuk menjahanamkan diri kau.. bukan peluang membina masa depan, or mencipta bahagia. peluang kau beri tu membuka pintu neraka… dan lelaki takkan dapat kawal nafsu dia start dia dah berani pegang kau, percayalah, itu je dia akan buat. itu je yang dia nak. dia datang balik bukan sebab rasa kasih sayang, bukan, itu sebab nafsu semata2. dan kau rendahkan maruah kau untuk lelaki yang gunakan kau demi nafsu dia? semurah itu? semudah itu? murah. maaf aku cakap. kau memang murah kalau kau terus bagi peluang buat lelaki yang nak jahanam kan kau dan iman kau.
Jangan terus jadi murah…Bangkitlah sayang. harga diri kau lebih dari apa yang kau jangkakan. tinggalkan dosa kau.. mahalkan diri mu. jaga diri.. jaga maruah. ingat mak ayah. ingat Allah. ingat perjuangan Nabi membela ummah, menaikkan panji Islam yang payah. apalah sangat perjuangan kita menahan nafsu ini berbanding perjuangan nabi…sudahlah sahabat… sudah. tinggalkan dosa itu, bertaubatlah.. sujud sungguh minta hati yang kuat utk tinggalkan dosa itu..
Dear L.. please suruh kawan kau baca ni.. Dan kau kena cepat…… syaitan punya game is 24 hours my freind.. cepat. moga Allah bimbing kalian semua saudaraku…
– aku tak sebaik kau