Assalamualaikum.
Saya merupakan seorang graduan fakulti perubatan dari salah sebuah IPTA di Malaysia. Walaupun saya sudah grad, saya masih keep in touch lagi dgn junior2 saya.
Kebelalangan ni, ada a few juniors tanya saya pasal housemanship dan plan utk masa depan. Sebab baru-baru ni pihak government skrg kan ada Competency Assessment dan bagai. Orang kata, doktor pun susah nak dapat kerja skrg.
Saya bukan la orang yg terbaik utk membincangkan tentang isu ni.
Saya pun tengah mengalami masalah sendiri skrg selepas saya grad. Personal problems. Nak pendekkan cerita, ada la sebab-sebab saya pun tak jadi nak buat housemanship dalam masa yg terdekat. Jangan tanya kenapa. Dah jenuh saya ditanya.
Tujuan saya nak tulis kat sini, saya cuma nak bagi nasihat sedikit, berdasarkan atas pengalaman saya sebagai seorang pelajar perubatan dulu. Saya tak nak tengok junior2 saya risau.
(Ye la tak kisah la awak belajar kat mana, asalkan awak berada dlm fakulti perubatan, we, medical students and medical graduates, are one, and you will be called my colleagues)
To my dear juniors,
Korang. Jangan risau.
Especially kalau awak mengaku awak orang Islam.
Allah dah ciptakan kita,betul?
Allah dah tentukan rezeki kita, betul?
Kalau jawapan awak adalah "ya", awak tak patut risau. Usah lah mempersoalkan urusan Allah.
Korang.
Korang skrg ni adalah pelajar perubatan. Tanya sendiri, apakah amanah korang?
Belajar, bukan?
Maka, belajar la elok2 dgn ikhlas dan ihsan. Buat yg terbaik.
What you should be focusing on is your student life.
Jangan menipu dalam logbook.
Jangan copy-paste dalam case write up ataupun assignment lain.
Jangan skip ward work dan oncall.
Jangan suruh kawan tolong signkan attendance.
Baca buku. Clerk patients. Learn the procedures. Refine your communication skills. Be altruistic.
THESE are your main focus at THIS moment of life.
Nanti Tuhan akan tanya tentang amanah2 korang sebagai student sepanjang Medical school ni.
So do your best.
In sya Allah dengan ikhlas dan ihsan, awak takkan rugi.
Allah telah sediakan rezeki awak utk hari ini, dan Allah sudah tentukan amalan yg awak wajib habiskan utk hari ini. Maka, awak buat la apa yg patut. Untuk hari ini. Tak perlu risau pasal rezeki awak utk hari esok, sebab awak hanya mampu habiskan amalan awak utk hari ini je.
Korang.
Tujuan korang sekarang adalah berusaha bersungguh2 utk dapat scroll MBBS tu. Make sure you are fit to call yourself an MBBS graduate. Make sure you are fit to be called a Dr.
Once awak grad, awak akan dapat Dr tu. So jangan risau pasal reputation kalau awak tak dapat kerja sebagai doktor. When you go outside, you are already a Dr, even if you don't work as one. MBBS is a gifted specialty. No ordinary people can take it. Orang takkan pandang rendah dekat korang.
Dan, in sya Allah, kalau awak dah belajar betul2 waktu Medical school ni, dgn ikhlas dan ihsan, ilmu tu akan lekat. Dan awak masih boleh tolong orang dgn ilmu tu walaupun awak tak dapat kerja sebagai doktor.
Ilmu tu tak semestinya ilmu perubatan. It can be your communication skills, your knowledge about any admin system, etc. Medical school is a short cut to learn wisdom about the bittersweet of life.
So belajar elok2. Buat yg terbaik.
Saya ada tips sedikit untuk junior2 saya. Saya faham junior2 saya mesti stress dan risau. I have been through my share of bittersweet life in Medical school. Mungkin tak seteruk some of you, tapi berat jugak la ujian saya. Ni tips ni hanya pengalaman saya. Mungkin saya salah. Korang ambil apa yg betul la ye. Hope these tips can help you survive Medical schools, and become successful people and useful for the society.
1. Jaga hubungan dgn Allah. Jaga solat. Buat la solat hajat apabila awak rasa stress. Seriously membantu.
2. Jaga hubungan dgn mak ayah. Sentiasa berdoa utk parents. Call parents setiap hari. Mintak mak ayah doakan utk korang. Ye la ni cliche saya tahu. Tapi bab ni jugak wajib.
3. Jaga hubungan dgn diri sendiri. You are your best friend. Keep giving yourself positive talks. Love yourself. Let go of toxic friends and negative feelings. Be brave. You can do it. Trust me, you can. Sometimes, even your most respected lecturer will dump a shit load of negative remarks on you. But ignore him anyways. Remember, this is YOUR life, YOUR journey. NOT theirs.
4. Sedekah. Sedekah. Sedekah. Awak kena proactive, kena mencari orang utk sedekah. Duit, pergi cari kawan yg selalu perlukan duit, sedekah kat dia. Ilmu, pergi cari kawan/junior yg blur dan perlukan orang ajar, awak ajar dia. Senyuman, kat patients, kat staff nurse, kat doktor2, kat makcik cleaner. Dulu saya selalu start my day dgn "hello round" dalam ward, greet all my patients in the ward, then only I started my ward work. Nasihat yg baik baik, untuk kawan yg tengah stress, untuk pesakit yg tak faham keadaan penyakit dia. Only if you know the power of empathy, you will no longer keep quiet and watch the world suffer. Tolong orang/haiwan pun sedekah jugak. Kengkadang tengok consultant pun gelabah buat kerja, go offer your help. You will be remembered and appreciated. You can do a lot, even if you have nothing. In my personal experience, my miracles usually happen every time after I sedekah. Sedekah tak rugi. In sya Allah.
5. Last but not least, focus on your studies. Really focus. No play play. This is your Jihad. Tak kisah la orang cakap apa. Awak wajib habiskan MBBS dulu. Dengan cemerlang.
My specialist selalu kata, Allah tengok effort kita, Dia tak tengok result. In Akhirat, kite kena make sure kite mampu jawab. Tu je.
Okey.
Wallahu'alam.
Wassalamualaikum.
Your loving senior,
Dr. Grad MBBS Tapi Buat Benda Lain LOL
– My title is Dr