Assalamualaikum. Haritu aku ada baca confession tentang roomate yamg pengotor. Bukan sorang dua, tapi ramai jugakla. Aku cuma nak cakap,aku juga ada roomate yang tak pernah sapu bilik especially rambut dia. Bukan sorang atau dua, tapi semua(3 org) tak pernah sapu bilik. Mula2 memang aku stress sebab aku ni jenis yang agak pembersih dan pengemas. Aku serabut tengok rambut penuh bergumpal bawah katil dan merata2 atas lantai. Dan rambut tu bkn aku punya. And then, aku call mak aku. Mengadu pasal roomate yg tak sapu bilik. Asyik aku je yg sapu. Dan mak aku cakap,"alah, sapu jelah. Bukan besar sangat pun bilik tu. Sapu je seminggu sekali. Tolong jela sapu, nanti dapat pahala. Tak kesahla rambut kita ke, sape ke, sapu aje"
Lepastu memang aku yang sapu bilik sekali seminggu dari sem satu hingga sem 4. Roomate aku dari sem 1 hingga sem 4 lain2 orangnya. Tapi semua jenis x kesah sgt pasal sapu2 bilik. Ada jugakla kadang2 roomate nak tolong sapukan, tapi aku cakap takpela sbb aku tgk dia busy sgt study. Kesian jugakla. Dan aku memang dah terbiasa. Apapun, aku bersyukur setakat ni sebab dpt roomate yg tak buat hal. Cuma liat skit bab menyapu ni.
Jadi aku nak pesan, kpd yang selalu confess tentang roomate tak basuh pinggan or periuk tu, rajin2 kanlah diri anda tlg basuh. Janganlah jadi selfish. "Itu bukan pinggan aku, so aku taknak basuh" Dulu aku pun macamtu, tp lama2 aku rasa benda takkan selesai kalau kau terus ego, dan dia pun sama. Jadi, marilah sama2 kita ikhlaskan hati untuk menolong orang lain.
Owh.. nanti mesti ada yang kata "nanti kalau aku yg tolong basuhkan, lagila dia pijak kepala." Sis,bro doa jela yg roomate kau terbuka hati utk jd pembersih. Dan rajin2 kanlah nasihat roomate tu. Tak rugi pun kalau kita tlg basuhkan pinggan tu, nanti kita juga yang happpy sebab rumah bersih.
Dan aku ada satu tips supaya tak stress basuh pinggan, sidai kain or menyapu bilik. Apa yg aku buat, aku pasang lagu sambil buat kerja. Tp janganla psg kuat2 sgt, takut nanti ganggu orang lain pulak. Bila aku pasang lagu, aku boleh buat semua kerja tu dengan hati yg riang walaupun ambik masa yang lama. Sekian.
– Isteri kapten amerika