Confession Di IIUMC

Assalamualaikum. Di sini saya bukannya nak tunjuk baik sangat pun tetapi demi keharmonian warga pengomen di page IIUM Confession ini yang macam percaya tak percaya saja dengan confession yang mereka baca di page ini.

Saya nak tegur sebelum anda nak hantar luahan anda itu, pastikan cerita anda semuanya benar dan tak ada pun yang direka. Dialog itu boleh ubah sikit kalau anda tak ingat semua tapi hampir samalah maksud. Jangan lain sangat dari situasi sebenar. Dan kalau tak ingat dialog, tak payah tulis. Kalau anda menulis cerita rekaan semata-mata, lebih baik hantar pada laman web novel online. Lepas itu tulislah cerita apa pun janji tak langgar peraturan. Sebab rekaan kan? Page ini cerita luahan hati yang ikhlas datang dari hati berdasarkan pengalaman. Kalau anda degil juga nak hantar, saya tak tahu nak cakap macam mana. Nanti saya sebut anda orang apa, ada yang antikaum pula. Tapi perangai anda ini memang tak diperlukan di Malaysia.

Saya telah perhatikan sejak akhir-akhir ini juga ramai sangat buat bahagian 1 sampai bahagian 2 atau 3 dan sebagainya. Tolonglah. Cari waktu yang lebih lapang dan tulis cerita anda sepenuhnya. Kalau rasa nak tulis berbahagian cerita anda, tunggu orang bagi komen nak bahagian 2. Sebab mereka ini tak puas nak baca. Tapi ingat, tulis cerita anda PENUH. Semuanya lengkap dan tiada satu pun persoalan yang tak terjawab. Kalau ada yang komen nak bahagian kedua itu, anda semak balik masih ada kekurangan pada confession anda. Kalau ada, tulis balik. Tak ada, tak payah.

Yang ini paling trend sekarang, perdebatan confession. Anda ak bandingkan negara mana pun, gelaran apa pun, kehidupan sesiapa pun, silakan. Tak ada masalah. Tapi, tolonglah cerita betul-betul. Tulis berdasarkan fakta. Bukan nak kata semua, tapi ada satu dua tikus ini salah masuk lubang rumah barangkali. Kalau anda tak ada pengalaman, jangan tulis sesuka anda kemudian nak hentam confession orang lain.

Ini sajalah setakat confession saya. Harap anda cuma tulis luahan hati atau mungkin teguran berdasarkan aliran trend terkini. Sekian, terima kasih.

-Pembaca Setia

– PEMBACA SETIA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit