Dulu aku mencari yang sempurna.. sempurna dimata. Nak yang handsome, kaya, caring, cerdik and memang nak yang perfect. Kalau tak handsome memang aku tak akan layan.
Aku suka tunjuk bf aku handsome depan kawan kawan aku, depan semua orang. Aku nak diorang puji aku bg aku handsome. Sebab apa aku jadi begini? Sebab orang sekeliling aku suka bandingkan bf, anak menantu diorang dengan bf aku yang dulu rupa biasa2. Kata aku tak pandai memilih. Buta.
Satu hari, Allah bagi aku pinjam and rasa miliki lelaki idaman aku. Memang masa tu rasa macam dunia ni bahagia. Rasa pahit tu macam madu. Pendek kata memang bahagia and jatuh cinta sangat sangat dan dah plan nak kahwin.
Satu hari, lelaki yang aku anggap perfect tu tinggalkan aku. Memang rase runtuh dunia aku sekejap. Aku hilang arah.
Aku jatuh sejatuh jatuhnya. Bertahun aku cuba nak bangun dari semua ni. Sampai aku macam mayat hidup.
Aku selalu pertikaikan kenapa dia tinggalkan aku. Aku rasa Allah tak adil buat aku macam ni. Sampaikan aku rasa takkan ada hikmah sebalik semua ni.
Tapi aku lupa. Allah sebaik baik perancang.
Allah hadir seorang demi seorang lelaki dalam hidup aku. Mereka datang dan pergi. Aku mula berkawan dengan orang pelbagai latar belakang. Kerja biasa, education biasa. Rupa biasa tapi sangat manis pada pandangan mata.
Aku redha. Aku belajar bersyukur terima manusia yang hadir dalam hidup aku. Aku dah tak kisah pasal rupa,education. Aku tolak semua tu ketepi. Aku terima asalkan dia ikhlas sayangkan aku. Tolong aku lupakan lelaki sempurna yang aku gilakan bertahun dahulu. Tapi mereka masih datang dan pergi. Aku masih mencari. Kenapa jadi macamni. Mana silap aku.
Aku dekatkan diri pada Allah.. aku berdoa. Aku redha. Aku terima ujian Dia bagi. Memang betul betul aku serahkan jiwa raga aku pada Allah.
Satu hari tu, Allah hadiahkan aku seorang lelaki melamar aku utk dijadikan isteri. Aku tak pernah tengok rupa dia. Aku terima seadanya. Aku tak tahu dia kerja apa. Akhlak dia sebagai mana. Aku cakap pada hati "Baik buruk dia aku akan terima". Dan satu hari yang sangat tak disangka. Dia tunjuk rupa dia dihadapan aku. Sangat sempurna sebaik baik ciptaan Allah. Seperti yang pernah aku idamkan dahulu.
Dia sangat merendah diri. Hafiz Al Quran. Utamakan emak dahulu dalam setiap hal. Tutur kata lembut. Selalu tersenyum. Air muka yang lembut.
Aku dah taknak lelaki seperti tu.Tetapi Allah hantar dia pada aku. Melamar untuk dijadikan isteri.
harini aku nampak hikmahnya. Allah bagi aku ujian. Jangan suka manusia kerana rupa dan harta. Sebab semua tu takkan kekal. Jangan menilai hati dari melihat paras rupa. Manusia suka melihat luaran dari dalaman seperti aku yang dulu bongkak pentingkan paras rupa yang pasti hilang apabila dimamah usia.
Jangan jadi manusia macam aku.
Lihatlah hati.
– gadis