Terperap

Assalammualaikum admin n kawan kawan .

Admin , saya harap admin approve post saya kali ni .Hehe . Thank u so much ! :*

Pertama sekali , saya nak cerita . Saya memang suka terperap dalam bilik . Duduk je atas katil . main laptop ke . Phone ke . atau baca novel . atau tidur . hehe . atau buat benda benda diy sperti menjahit , cipta tempat letak barang , mengemas dan sebagainya .

Tapi … Time cuti je saya mesti takkan turun bawah dan keluar rumah melainkan untuk makan sahaja . Kalau ada baby yg ibu saya jaga datang , then barulah saya turun main dengan baby tu .

Tapi . Ayah kata , ayah rasa bahaya dengan sikap saya yang tak aktif ni . Asyik terperap dalam bilik . Dan saya pun rasa bahaya . sebab ,saya ada makan sejenis supplemen untuk kulit , air Alhamdulillah konsisten minum tapi tulah , rasa hidup tk aktif . Ayah takut kalau darah tak mengalir betul ke apa ke kan .

Saya bukan tak tolong ibu kemas rumah . saya tolong jugak . tolong basuh pinggan . susun . lipat kain . n kemas bilik saya dan adik adik . tingkat bawah semua kira bahagian ibu .

tapi , saya nak mintak tips dengan kawan kawan macam mana nak lebih aktif bila duduk rumah . Tak nak lah asyik terperap je dalam bilik . Macam bulan lepas , saya boleh dikatakan mengalami half anxiety disorder dan half depression . Saya kalau boleh tak nak benda ni berulang lagi .

Tolong ya kawan kawan . Apa yang boleh saya buat sebenarnya ? Terima kasih :)

-Miss G

– Miss G

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *