Assalamualaikum harap confession aku dapat di siarkan. Aku seorang perempuan. Sejak aku darjah enam aku sudah mempunyai cita cita. Cita cita aku tak pernah berubah sampai aku masuk universiti. Aku telah menetapkan matlamat hidup aku. Cita cita aku impiam aku. Cita cita aku nak jadik tentera. Kenapa tentera?? Sebenarnya aku nie sangat suke membaca tapi dulu la skrg banyak juga membaca tapi baca facebook huhu
Aku suka teramat la suka membaca kisah Rasulullah dan sahabat baginda, terutama bab mati syahid. Sampai menangis nangis aku baca kisah tu berhingus hingus. Ada sekali aku baca satu kisah sesorg wanita di zaman Rasulullah nie mati syahid ketika berperang aku tersangat la kagum. Aku sangat la berharap syahid seperti itu walaupon aku tahu syahid tak semestinya di medan perang. Sejak tu semangat aku berkobar kobar bak hangg.
Aku dari beg askar seluar askar sweater aku beli. Ade sorg budak nie panggil aku kakak askar time sekolah menengah. Aku nie mcm tomboy sikit la perangai. Aku mempersiapkan diri utk masa hadapan aku aktif sukan dari acara olahraga lontar peluru, badminton, lompat jauh, lompat kijang, wall climbing, semua la kalau boleh aku nak masuk pertandingan. Sijil boleh tahan banyak. Masok form 4 kelab silat di tubuh kan. Aku antara orang paling gembira and excited gile. Aku join sebab minat dan utk persiapan fizikal. Dari tali pinggan putih sampai merah. Dari segi akedemik Alhamdulillah la upsr 4A pmr 8A spm 6A. Masa form 4 aku siap nak mohon masok maktab tentera kot. RUpanyaa MTD untuk lelaki kecewa mak jemah. Aku cite kat mak aku pasal cita cita aku. Dia perginya bagi tau pengetua sekolah. Mak aku jenis rajin follow up aku kat sekolah. Segan gak la aku pengetua sekolah. Aku nie bukan pandai sangat actually aku dpt 8A sbb luck. Rezeki Allah kasik berkat doa mak. Aku ni bukan jenis rajin belajar sangat. Masok universiti aku aktif masok acara silat olahraga walaupon tak power dan asyik pancit.
Aku mohon UPNM tak layak. Kecewa lagi. Aku sambung belajar di IPTA lain. Cita cita aku masih utuh. Selesai diploma aku terus follow up temuduga pengambilan tentera. That time mak aku support aku gila gila. Aku pegi merempit naik moto dengan dia…jarak prjalanan dekat sejam lebih kot. Aku takda keta takda bapak dah meninggal abg keja jauh. So beli kari la. 3 bulan aku tunggu takde panggilan. Aku teruskan cari keje lain. Aku keje gym trainer. Lepas tu aku berhenti keja. Aku balik kmpg, mak aku tak sihat aku keje dkat kampung je, teman mak aku. Kali kedua pergi temuduga pegawai berpangkat diploma. Aku merempit dari kmpg pergi kl. Jarak perjalan dlm 3 jam. Masa tu aku perasan mak dah tak support aku. Tak macam mula mula aku pergi temuduga dulu. Mungkin sebab dia taknak aku berjauhan dengan dia. Sebab dia nak aku teman dia. Nak di jadikan cerita aku gagal temuduga tu sebab dia nak ketinggian 160cm aku kurang 2cm so kena reject awal awal. Dia tak tengok dah segala sijil yg ada. Sedih bak hang. Cita cita aku tuu. Tapi balik dari temuduga tu aku lalu kem askar wataniah aku pergi daftar. Simpanan pon simpanan la. Mak aku sampai ckp “takpe la kak dok jew kat sini gaji kecik pon tak pe teman mak”. Sedih dengan statement tu, sebak senak. Dulu mak aku sangat support minat aku cita cita aku.
Aku redhaa mungkin itu bukan rezeki aku buat keputusan duduk je kat kmpg lupakan cita cita aku.
Dan aku memilih utk kerja yg biase biase.Berbakti kepada keluarga. Walaupon cita cita besar ingin berbakti kepada agama bangsa dan negara.
Pernah berharap dapat berpeluang pergi ke misi misi pengaman. Pergi lubnan ke afghanistan ke.
TApi apekan daya. Allah dah tentukan aku utk berkhidmat kepada keluarga dan aku cukup bahagia walapon tak mewah.Syukur Alhamdulillah mungkin jalan yg Allah pilih lebih baik ade hikmah sebaliknya. Walaupon aku tak mengapai cita cita aku tapi aku dpt jodoh dgan tentera. Tengok suami pakai uniform segaknyaa. Terasa nak pakai pulak huhu. Sekarang cita citaku ingin menjadik anak yg solehah isteri yg solehah dan ingin menjadik ibu yg terbaik utk bakal anak anak ku amin…Doakan aku yaa..
“Charity start at Home”
Sekian…
– Mak Jemah Mudo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit