Assalamualaikum…
Kepada anak-anak yang berhutang dengan mak bapak tu bawak-bawak la membayar nya ok. Kalau hutang setakat RM100 boleh la nak pejam mata, ini berpuluh ribu. nak cakap takde duit, siap boleh pergi bercuti ke luar negara, duduk hotel pun 5* lepastu upload dekat FB. tak malu ke? Ko dah janji nak bawak mereka sama, last minute ko cakap tak boleh bawak. menangis orang tua tu kena tinggal. dorang dah siap berangan dan excited nak pergi luar negara jugak. last-last kena tinggal, bawak laki bini dan anak-anak je enjoy. hutang tak reti nak bayar. kena mintak dulu baru nak bayar tu pun bayar sikit.
Tolong lah reti malu sikit. mungkin duit ko pakai tu untuk kegunaan mak bapak ko pergi Haji atau pun untuk makan minum dorang. ko dekat sana tu sedap la makan benda mahal-mahal, baju branded, dorang dekat kampung punya la jimat makan nasi berlauk kan ikan masin hari-hari. kau taktau sebab ko jarang balik kampung. alasan sebab takde duit kalau balik nanti habis duit, tapi di FB sakan duk tag laki bini adik beradik ipar duai ajak pergi bercuti sana sini.
Kalau agak-agak tak boleh nak bayar hutang orang tua tu, jangan la sakan berjoli woi. hidup la ala kadar ikut kemampuan. jangan ingat orang tua tu taktau apa ko belanja kan dengan duit dorang tu. ingat la sikit berkat tu datang dari mana. laki bini sama je kepala, jenis suka membazir habiskan duit dengan benda x de faedah. bila tegur sikit sentap. jangan persoal kenapa anak-anak kau selalu sakit demam, anak-anak degil nakal tak dengar cakap, suami liat nak solat dan pemalas, isteri tak happy, hubungan suami isteri dingin, hidup tak tenteram. semua ni berbalik kepada hubungan ko dengan ibu bapa ko.
Mereka banyak memendam rasa dan terguris dengan sikap ko laki bini layan dorang. bersyukur la kita kalau masih ada mak bapak, at least sentiasa ada orang yang mendoakan kesejahteraan untuk hidup ko. ini tak nak rebut peluang yang ada, bila mak bapak ko datang rumah ko pun ko layan tak layan je. siap suruh pergi tidur rumah orang lain. rumah besar pun tapi tak cukup ikhlas menerima kedatangan mak bapak sendiri. ya Allah kecik hati mereka. ingatlah weh setitik air mata ibu tu boleh membawa ko either ke neraka atau syurga. jaga lah hati mereka sebaik mungkin.
Memang akan ada time yang ko rasa tension nyaaa dengan mak bapak aku ni, asek membebel je, pakai itu salah, pakai ini salah, buat itu ini semua salah. 10 atau 20 tahun akan datang, ko akan rasa berterima kasih sebab ada mak bapak yang kisah kan pasal ko, tegur bila salah, ajar bila tak betul, apa yang ko dapat harini semua hasil penat lelah mereka. bagi ko makan minum pakai sekolah, kawen pun kena tanggung lagi, dah dapat anak pun still mak jugak yang kena jaga masa pantang. bila dorang dah tua, boleh ke kau jaga dorang mcm mana dorang jaga kau? -_-
Bila kau rasa hilang sabar dan nak marah mak bapak ko tu, bawak-bawak la mengucap. sebelum nak hambur perkataan yang tak elok tu, ko fikir la macam mana dorang bersabar dengan karenah ko dari kecik sampai berbelas berpuluh tahun, takkan la benda kecik sikit pun ko terus nak mengamuk dan mengumpat pasal mak bapak ko. tak baik tau tak anak-anak yang jenis mengumpat mak bapak sendiri ni.
Ko ambil la masa sekejap ko tatap wajah mereka lama-lama ko akan nampak yang mereka semakin berusia, uban memutih, muka dah berkedut, mata nampak redup, air muka yang nampak sedih, dan fikir balik APA YANG AKU DAH BUAT UNTUK BALAS JASA MEREKA. (jawapan – not much, sebab aku sibuk sempurnakan hidup aku sendiri -anak yang pentingkan diri sendiri).
Sesekali tu bawak la mak bapak ko pergi bercuti kalau tak mampu bawak la pergi dalam negeri sendiri, bawak tidur kt hotel ke pergi jalan-jalan ke, shopping. jangan fikir kita je nak enjoy dan rasa best. dorang masa muda sibuk jaga kita, simpan duit, nak bagi kita sekolah, mana sempat nak merasa jalan-jalan ni. lagi-lagi ke luar negara. yang memang jenis mampu alhamdulillah dapat merasa. kalau yang tak mampu tu, dengan siapa lagi mereka nak harapkan kalau bukan kita sebagai anak-anak kan?
Ambil la seditik waktu fikirkan apa akan jadi bila mereka dah takde nanti. jangan masa tu baru nak menyesal. dan jangan ingat hutang tu tak payah bayar eh. ko menjawab la dekat akhirat nanti guna duit mak bapak ko untuk kepentingan diri sendiri. hutang dengan bank takut pulak kalau tak bayar. Jangan lupa hutang kawan-kawan hutang PTPTN pun wajib bayar jugak ye!
Sekian, terima kasih.
– Manis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit