Salam semua.
Aku anak sulung dari lima beradik, yang bongsu sekolah menengah. Mak aku ibu tunggal dah 13 tahun. Sebelum ni dia pernah maklumkan yang dia taknak bekerja tapi nak duit datang sendiri pada dia. Dah banyak aktiviti yang mak aku join antaranya forex, mlm, belajar ilmu tarik duit dsb tapi tak kaya-kaya pun. Malah lebih banyak kerugian berbanding apa yang mak aku peroleh.
Semenjak ada handphone baru, mak aku rajin add friend di facebook. Dia add orang dari luar negara, tak main la add lelaki melayu. Menurut mak aku dia nak meluaskan social friend dia sebab dah bertahun-tahun berkawan dgn orang melayu, tak berkembang otak. Aku agak khuatir tapi aku still monitor dgn siapa dia berkawan sbb aku tau password fb dia.
Ramai scammer add mak aku juga. Profile guna gambar entah siapa-siapa. Perkenalkan diri sebagai single father, wife died years ago, the children are married. Yang guna gambar pensyarah aku pun ada. Memandangkan aku pun tengah study, jadi aku tak berapa kerap log in fb dia.
Aku confident mak aku aware yang aku tau password fb dia sbb ada beberapa kali bila aku check fb dia, dia tengah chat dgn someone. Tapi bila aku log in hari yg lain, chat tu dia dah delete.
Dlm pada masa yg sama, mak aku berkawan dgn seorang lagi ibu tunggal. Mak aku pernah cerita kawan dia terima sejumlah wang yang agak banyak dan gift mcm iphone dan macbook dari kawan fb luar negara. Walaubagaimanapun, sejumlah wang diperlukan untuk membawa masuk wang dan parcel tadi.
Kawan tu tadi kerap datang rumah kami sbb nak lari dari saudara mara dan jiran. Mak aku maklumkan yang kawan dia banyak berhutang dengan orang untuk bayar processing fee, agent fee, tax, service charge, anti-terrorist punya sijil dan tah hape lagi bayaran untuk bawa masuk wang dan parcel yang dialamatkan kepadanya.
Aku pesan pada mak aku supaya tak berkawan dengan dia dan explain bahawa tu semua adalah modus operandi scammer.
Malangnya, mak aku mendakwa aku tak faham procedure aliran wang dari luar ke dalam negara. Aku tak pernah beli barang dari oversea. Aku tak faham ekonomi. Untuk makluman mak aku belajar sampai STPM dan dia paling pandai di kalangan adik beradiknya. Arwah ayah aku pernah hantar duit dari oversea tapi duitnya tak sampai ke Malaysia, aku pun tak faham mcm mana tapi yang menguruskannya ialah mak aku. Tapi itulah modal mak aku untuk pertahankan diri setiap kali aku terangkan bahawa ni semua scam. Rupanya mak aku ikut terjebak. Dan dia juga dah tukar password fb dia.
Mak aku kerap mengadap handphone, mudah bad mood, dan setiap kali aku ingatkan supaya tak berkawan dengan orang yang bukan-bukan di facebook, mak aku tukar topik.
Baru-baru ni, makcik aku hubungi aku dan maklumkan yang mak aku dah pinjam belas belas ribu dengan dia. Bila minta dibayar, dia marah balik makcik aku.
Aku masih belajar. Aku sayang mak dan adik-adik aku tapi aku tak mampu bayar balik hutang belas belas ribu mak aku. Lebih lebih lagi bila dia berhutang untuk bayar scammer. Minta pandangan semua.
Terima kasih.
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit