Terima kasih admin sudi kongsikan luahan aku sebelum ini. Menangis aku baca komen-komen positif daripada kalian. Mereka yang tidak mengenali aku tetapi memberi sokongan dan mendoakan terbaik untuk aku. Terima kasih. Moga Allah merahmatimu jua.
Keluarga dan kawan-kawan terdekat bukan tidak memberi perhatian atau sokongan pada aku. Cuma ada perkara aku tidak ceritakan secara detail kerana takut ibu bapa risau, malah malu juga dengan keadaan diri sendiri jika bercerita kepada kawan. Malu sangat bila berkaitan bulu kaki tu. kau shave ke wax ke terseksa batin kot.
Dia akan tumbuh balik macam duri-duri tajam. Kemudian pedih dan gatal yang menyebabkan kau tergaru serta meninggalkan kesan. Aku tak berapa percaya lagi produk-produk wax ni.. kalau betul terbukti boleh juga aku jadi duta produk. HAHA. Apa pun terima kasih banyak atas sokongan itu.
Masalah ini bukan senang kita nak bercerita secara open. Aib yang selama ini kita jaga. Aku tahu setiap orang ada fasa-fasa struggle dan anggaplah ini ujian untuk meningkatkan iman.
Sebab apa aku cakap macam tu? Dalam diam timbul juga perasaan cemburu tengok orang cantik, orang hot, orang ‘laku’ tapi kau dipandang pun tidak. Memang self esteem dah tahap down. Cuba bermacam cara untuk sihat, untuk dapatkan kulit wajah yang flawless, badan yang cantik.. tapi akhirnya kau jatuh tergolek dan mengenang nasib.
Minta maaf jika rasa aku terlampau negatif dengan kehidupan aku. Sampai satu tahap menyalahkan takdir, nauzubillah. Apa pun aku sedang bangkit untuk lebih positif dan bina kehidupan yang lebih sihat. Perkongsian ini aku harap dapat membantu orang-orang yang macam aku. Tiada tempat sebenar untuk diluahkan, perlu sokongan dan tingkatkan keyakinan diri.
Baru aku tahu banyak group-group dalam facebook yang membantu permasalahan PCOS ini. Bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut boleh rujuk doktor, nak cerita secara detail tentang penyakit ini bukan bidang aku. Cuma pengalaman yang banyak mengajar aku.
Akhir sekali, aku ingin mengajak wanita-wanita di sana jaga kesihatan diri. Kesihatan diri ini berkait rapat dengan emosi. Bukan sebab susah hati bab jodoh je ye, ini lebih kepada keyakinan diri kita sendiri terhadap diri sendiri. Bangkitlah, cuba improve kekuatan dalaman kita. Terima kasih sekali lagi.
– Si Katak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit