Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang…
Akak doakan semua pembaca dirahmati dan disayangi Allah selalu. Untuk adik freshgraduate bergaji 2.8K dan bro bergaji ciput, akak ucapkan tahniah dan semoga maju jaya dalam kehidupan. Akak rasa tertarik untuk berkongsi juga.
Akak pun macam adik2, pernah melalui zaman belajar, fyp, praktikal, mohon kerja sewaktu masih belajar, menganggur selepas grad beberapa bulan, mungkin 80% dari pembaca juga melalui fasa yang sama. Selepas akak habis degree, akak sambung master dalam bidang yang sama bagi memenuhi permintaan mak ayah akak yang nak lihat akak jadi seorang pensyarah , walapun cita-cita akak nak jadi bomba. Akak pun bukanlah student excellent yang boleh dapat biasiswa senang2, akak pun menggunakan education loan. Setahun setengah akak membawa diri struggle menghabiskan master dengan mind set “aku ade master, mesti dapat kerja best dan gaji besar”. Riaknya dan bongkaknya hati waktu itu, sampai akak terlupa cabaran dan kehidupan sebenar bermula selepas kaki melangkah keluar meninggalkan kehidupan sebagai student.
Selepas 4 bulan grad, tempoh 4 bulan itu berbagai interview dan berpuluh kerja akak apply, waktu ini hati masih kufur, hanya mahu position pensyarah saja. Nah, Alhamdulillah akak dapat bekerja sebagai pensyarah pada bulan 10 di kolej swasta. Wah, bukan main gembira mak ayah akak sebab akhirnya tercapai impian mereka. Akak apa lagi, hati yang kufur ni bila diberi nikmat yang diinginkan bertambah lagi riak dan bangga dirinya. Waktu ini, akak sudah tak rasa rendah diri dengan kawan2 akak yang dah bekerja lama dari akak selepas dari habis degree lagi, ada yang brgaji hampir 3k, lebih 3k, bawah 2k, tak kisahlah janji akak dapat kerja sebagai pensyarah.
Walapun position nya pensyarah, gaji bersih selepas tolak socso dan epf hnya berbaki 1.5++ sebulan tanpa elaun dan sebarang kelebihan lain. Bermulalah dugaan di kolej itu bilamana akak diberi subjek yang diluar bidang akak, bebanan kerja dan tekanan dari pengurusan & pengetua, bahan mengajar yang perlu dibeli sendiri tanpa boleh claim, waktu solat dan rehat yang tak sesuai, caruman dipotong tapi tak di masukkan ke dalam akaun,dan berbagai lagi. Senang cerita, akak dapat kerja yang mak ayah dan akak mahukan tetapi akak tertekan. Hari2 bangun dari tidur , hari2 akak akan susah hati memikirkan persekitaran kolej dan bebanan kerja yang akak tak boleh nak lalui. (kolej akak majority chinese dan indian). Akak takde masalah dengan student, akak sangat tertekan dengan pengurusan hinggalah akak tekad untuk berhenti kerja kerana kesihatan akak makin terjejas kerana terlalu tertekan. Akak tekad tinggalkan kolej walapun diugut untuk disaman, ah biarlah. Akak tekad takkan berpatah balik.
Akak sedar, tindakan akak akan mengundang gusar di hati mak ayah akak. Bermulalah fasa akak menganggur semula, komitmen bulanan untuk bayaran rumah sewa, kereta ayah, bil2, belanja mak ayah semua akak tak dapat tunaikan. Sedih dan serba salah amat pd mak ayah. Akak yang sulung, rasa kecewa pada diri ini sangat menggunung. Akak ambil masa hampir 2 bulan untuk muhasabah diri,mencari kekuatan untuk bekerja semula , memulihkan tekanan perasaan, renung kembali dimana silapnya akak dalam mengatur kehidupan akak.
Sekarang, hampir 2 tahun akak bekerja di sebuah anak syarikat kerajaa negeri, Alhamdulillah walapun disini master akak tidak dipandang dan gaji akak bersih hanya 2k sebulan, hikmah yg akak Nampak cukup banyak sekali. Walaupun kerja yang akak dapat sekarang bukan kerja yang akak suka dan mahu sejak dr study dulu, tetapi nikmat2 yang sangat akak bersyukur disini adalah suasana, kebajikan pekerja dan bos yang sangat2 baik. Jika akak terlalu memkirkan tentang gaji yang tak setimpal dengan kelayakan yg akak ada, tanpa memikirkan nikmat2 lain, bos yang baik, waktu kerja fleksibal, dan lain2 lagi, memang belum pasti lagi akak akan temui situasi dan nikmat begini di tempat lain. Akak faham sekarang hikmahnya. Akak dapat jadi pensyarah macam yang diimpikan mak dan ayah akak, nah Allah bagi. Tapi sebenarnya, Allah nak beritahu, yang pensyrah bukanlah pekerjaan yang sesuai untuk akak pada waktu itu, ‘nah kau rasalah dulu bagaimana rasanya menjadi pensyarah, bukak mata kau adakah ini sesuai untuk kau.’ Akak dapat jawapannya, betapa akak kufur dulu. Akak pernah bekerja sebagai pensyarah gnti semsa sem akhir master dulu, Cuma suasana nya berbeza dengan kolej yang akak kerja selepas itu.
Disini akak nak simpulkan akak terlalu mengibar scroll master akak ke mana2, dan terlalu mengepak sayap dengan apa yang akak ada, sedangkan itu adalah ujian untuk akak akhirnya. Betul apa Allah kata, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,”. Akak percaya kini. Dengan master yang akak kibar itulah, berbagai company menolak dengan mengatakan master tak diperlukn disini, lulusan master tak akan kekal lama, lulusan master demand, lulusan master tak pandai buat kerja dan macam2 lagi. Akhirnya, akak simpan master akak baik2 dan pekerjaan yang akak dapat sekrang ini adalah company terakhir yang akak datang interview dan tekad menggunakan degree. Kadang2, akak berfikir apa guna akak sambung master jika master akak taka de nilai. Tetapi, jika tiada master tiadalah akak berjodohan dengan tempat kerja ini sekarang. Maka, nikmat yang mana kamu dustakan?
Kawan-kawan,
bergaji besar itu nikmat, kerja best itu nikmat, bos baik itu nikmat, tetapi kita kena renung, adakah nikmat2 itu rahmat dan berkat untuk kita di akhirat? Pesanan untuk diri akak juga. Doakan akak ye semoga akak dapat capai impian akak.. apepun, akak masih lagi ade impian untuk jadi bomba hehe. Terima kasih sudi baca.
– Akak Pengaturcara, I love You
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit