Mencarut

Assalamualaikum dan hai warga iiumc. ok aku pelajar ipta tapi bukan uia lah and i’m a 18 y/o girl. aku tulis ni sebab aku tengah bosan. flight aku delay haha. tengok tajuk pun dah tau kan aku nak cerita apa ? about mencarut. ya mencarut. serious talk aku rasa sedih sangat dengan masyarakat kita sekarang ni. sebab apa ? sebab dari sudut pandangan aku lah kan majority people around me anggap mencarut ni dah macam hobi.

kenapa aku ckp mcm tu ? ye lah apa tak nya tiap masa bila bercakap tak sah kalau tak guna perkataan b*d*h, b**i, k*m*k, dll. serius weh benda tu tak baik kot but why dijadikan amalan. korang tak tau ke orang yg baru kenal kita akan nilai kita dari penampilan dan percakapan. so kalau korang asyik nak guna perkataan-perkataan tu mesti orang akan cakap “dah sah dia ni tak baik. mulut asyik mencarut je” even hati kau baik mana pun orang tetap akan nampak kau buruk sebab perkataan yg kau keluarkan tu tak baik.

cuba lah amalkan berzikir bila tengah marah. dapat pahala tau. jangan nak mencarut memanjang je. lagi-lagi bila kau perempuan. kau rasa ada ke lelaki nak dekat kau kalau mencarut je kerja kau ? kalau nak jadikan gf tu mungkin ada lah tapi kalau nak buat bini kena fikir sejuta kali kot hahaha. sebab lelaki ni kalau nak cari bini nak yg baik-baik je walaupun perangai dia teruk haha.

so pesan aku bagi yg suka sangat mencarut ni bawa-bawa lah bertaubat. jgn kerana apa yg kita ucapkan menjadi sebab kita dapat dosa. sampai bila kan nak jadi jahat lagipun kita hidup di dunia ni tak lama. elak dari buat dosa dan kumpul amalan banyak-banyak sebagai bekal di akhirat nanti. aku tau bukan senang nak stop sebab aku dulu pun jenis tiap masa mencarut. tapi alhamdulilah kesedaran dalam diri tu datang sendiri untuk berubah. tak ada yg mustahil kalau niat nak berubah tu memang datang dari diri kita sendiri.

sentiasa ingat Allah. kita berubah sbb Allah bukan sebab manusia. semoga terus istiqamah. ameen.

-naa

– naa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit