Kerana darjat.

Assalamualaikum.

Tajuk aku dah macam drama pukul 7 je kan haha. Aku sebenarnya tak ada la nak mengonfess apa pun cuma sebab aku rasa benda ni selalu terjadi dekat gadis dan jejaka kelas pertengahan/bawahan atau golongan yang miskin. Aku juga tergolong dalam golongan yang ini.

Aku berumur 21 tahun. Aku lahir dalam kelompok keluarga yang memang tak ada harta. Ayah aku cuma seorang buruh kasar. Mak aku pula seorang suri rumah yang bekerja sambilan menjaga 2 orang baby di rumah. Aku ada adik beradik yang ramai jadi aku sebagai anak ketiga keluarga, aku punya tanggungjawab besar. Mak dan ayah meletakkan harapan yang besar dekat aku. Aku tahu. Abg aku dah kahwin dan tak stay sini. Kakak aku pun bakal berkahwin. Jadi sekarang aku lah abg dan aku lah kakak. Dulu aku selalu berangan untuk kahwin muda sebab aku macam trending kot orang kahwin muda. Ceh! Haha tapi semakin aku lihat keadaan keluarga aku, semakin dalam aku kubur impian tak semenggah aku nak kahwin muda tu. Haha aku sedarkan diri aku yang aku tak layak. Belum layak dan aku sedang menyedarkan diri aku yang aku kena jaga family aku. Aku sedang rapat dengan seorang kawan lama aku. Tapi jauh sangat darjat kami. Aku dan dia macam langit tinggi dan tanah di bumi. Jauh bezanya. Aku memang tak layak la dengan dia. Dia punya segalanya manakala aku tak ada apa apa. Haha aku bermimpi terlalu tinggi. Jadi aku decided untuk lupakan dia. Aku tak menangis lagi.

Aku risau jugak la macam mana kalau aku tak boleh jumpa seseorang yang boleh terima aku dan keluarga aku seadanya? Lillahitaala aku tak akan bernikah dengan seseorang yang tak sanggup susah bersama aku dan jika dia tak boleh terima keluarga aku yang serba daif, no matter how much your love me, and i do love you too but we are not going to get married. Aku rela tak kahwin dari menyusahkan keluarga aku.

Mungkin korang akan fikir "hak alah acah baik je dia ni" or "bukan kau sorang yang susah dalam dunia ni" yes i know. Aku cuma meluahkan je guys haha sama ada kau nak baca atau tidak or sama ada admin page ni rasa bosan maka cerita tak seberapa ni tak keluar jugak haha. Aku cuma nak cakap yang tipikal perempuan macam aku ni ialah tipikal yang banyak pendam. Pendam sampai mereput. Selalunya kau akan nampak golongan ni dia ketawa banyak gila sampai nak keluar anak tekak, tak pernah cerita masalah even kau kawan baik sekalipun em maybe ada tapi sangat sikit percent dia dan dia tak akan cari orang untuk luahkan masalah dia. Well macam aku cakap, jenis pendam memang macam ni. Tapi bukan pendam yang jadi dendam tau. Itu macam jatuh syirik je beb haha.

Okay berbalik kepada kahwin tadi. Aku jealous tengok kawan kawan aku yang bahagia dengan partner masing masing sementara aku masih single dan di kecam. Ye la kan orang single selalu di katakan penyebab kehancuran sesebuah relationship. Lol sangat. Aku takda nak couple2 ke apa sebab dulu pernah couple pastu putus tengah jalan dan nangis macam orang bodoh, since tu aku janji, i wont cry over stupid little things again. Cumanya aku ada gak ah sunyi macam tak ada orang care. Tapi bila ingat dekat family, Allahu sayunya. Sebab tu everytime sedih tu aku lagi semangat kerja sebab aku nak bina family yang kukuh untuk family aku. Aku nak tunjuk, even tanpa sebarang diploma or degree ke mende tu, orang miskin yang selalu kena hina macam aku dan family aku pun boleh berjaya. Allah akan bukak pintu rezeki kami. InsyaAllah. Well aku cakap sebab aku selalu kena sindir dengan makcik pakcik yang tak yakin aku boleh survive hidup ni setakat sijil spm tu takat mana je aku boleh pergi haha sakit tu Allah je yang tahu. Demi Allah.

Aku rela kot tak kahwin as long family aku hidup senang. Aku penat macamana pun,bila balik rumah aku tengok muka mak, hilang segala perit tu. Ye la, muka mak kan ibarat syurga. Sebab tu tenang aje. Even gaji kecik tapi Alhamdulillah, masih hidup. Aku tahu aku bukan alim sangat, aku pun ada masanya bongkak dengan tuhan. Tapi aku cuma nak korang tahu, anything kita buat, letak Allah number 1. InsyaAllah di mudahkan. Dan aku sedang sedaya upaya untuk buat perkara sama. Bak kata orang, biar makhluk dunia tak kenal kau asal darjat kau di langit tu tinggi.

Aku dah tak mencari lagi siapa jodoh aku. Biar dia datang dengan izin Allah. Even ayat aku agak poyo tapi aku nak nasihat dekat perempuan2 di luar sana, jaga martabat kita. Penat Rasulullah naikkan darjat wanita di mata sekalian penghuni bumi tak kan la kita manusia biasa senang je nak hancurkan penat lelah tu. Ini pun aku tuju pada diri aku. Sungguh perancangan Allah tu sempurna. Aku percaya Dia sedang atur yang terbaik untuk kita semua! Harta, duit semua tu boleh cari tapi kau hilang tuhan dengan family, kau ialah 0. Zero.

Macam tengah ber-diary pun ada aku ni hehe biasala perempuan (ke aku je yang begini) okay la apa apa pun aku harap jodoh aku nanti dapat terima family aku. Itu aje yang aku minta. Aku tak minta muka handsome atau berduit semua tu aku cuma nak kau terima family aku dan boleh bimbing aku ke jalan Allah. Thats more than enough. Duit kita usaha sama sama. Jangan kerana darjat kita berjarak. Sedangkam Allah tak pernah memilih, di mata Dia kita semua sama.

Sebelum aku beransur, nak minta tolong doa kan aku punya test JPJ semoga dapat lulus dengan sekali test je. Sebab aku segan menyusahkan orang lain kena hantar aku sana sini bila aku susah. Demi Allah aku malu. Doakan aku dan kawan2 aku ye. Semoga Allah buka pintu rezeki kita semua dan lindungi kita dari pandangan orang2 yang ingin sakiti kita. Allahumma aamiin.

Selamat malam :)

– Adl.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *