Salahkah kalau confess?

Salam, mintak-mintak admin approve confession nie. Segan pulak aku nak confess sebab ada bro ngaku hensem yg mak ayah bagi 5K sebulan tu. haha tung laa lu bhai. Aku tak semewah tu.

Kita kembali ke jalan yg benar, nie kisah aku. Aku nie datang dari keluarga susah dulu. Aku ingat lagi masa kecik dulu mak ayah aku naik moto je pegi mana-mana. Duit takde nak beli kete. Makan pon ape ada je. Pegi mana-mana naik moto je hujan panas pon kami 3 orang. Susah masa tu hanya tuhan yg tau. Moga Allah rahmati mak ayah kita semua.

Sekarang alhamdulillah aku dh berjaya masuk uni, aku dari kecik dulu tak macam orang lain life aku. Balik sekolah je tolong mak ayah kat kedai. Dari sekolah rendah sampailah form 4, tu je rutin harian aku. Kat kedailah tempat aku study, makan , n lepak. Takde masa nak lepak dgn kawan-kawan pegi mall ke ape. Aku kesian sangat2 kat parents aku kalau tinggalkan diorang.
Kadang teringin jgk nak mandi air terjun, pegi jalan pulau mana2 dgn kawan-kawan, tapi aku tinggalkan keinginan tu demi kebahagiaan parents aku.
Form 5, aku dh masuk asrama. So weekend je lah aku tolong parents kat kedai amek order, urus stok semuanya. Selok belok bisnes semuanya aku mahir. Alhamdulillah, selepas 17 tahun family aku buat bisnes. Allah cukupkan semuanya, nak makan ape semua boleh. Boleh buat rumah baru semua. Beli shop lot 3 bijik lagi. Kereta pon dh kategori mewah sikit.

Cuti lepas spm, aku uruskan sebaiknya bisnes family aku. Masuk uni, aku buat bisnes online. Macam-macam aku jual, dari 2013 sampailah sekarang. Tak pernah aku mintak duit dari mak ayah aku. Kecuali masa mula2 nak study dulu, diorang bertekad nak bayar, walaupon aku dah ada duit sendiri. Aku dah ada simpanan sendiri RM75K dalam bank sekarang. Berkat usaha sungguh2 aku dalam bisnes dari dulu.

Aku ada berkenan kat sorang sister nie, agak femeslah dia kat uia gombak. Siyes memang aku nak buat dia sbg isteri. Aku betol-betol menjaga sepanjang study nie tak pernah couple dgn sape-sape. Dialah yg pertama n aku nak dia yg terakhir.
Masalahnya ramai yg berkenan kat dia. Risau pulak aku takut kena reject. Haha

Aku tak pernah cite kat kawan-kawan aku ada simpanan lebih 75K dalam bank. Makan pon kedai biasa je. Dah biasa macam tuu. Ada lah sekali skala merasa makan kat kafe hipster semua tu. Tapi aku tak pernah upload kat ig ke fb, takut kawan-kawan lain terasa kan. Yelah, tak semua orang mampu. So aku senyap2 je. Bila lepak sekarang aku makan kedai tepi jalan je dgn diorang. Kadang aku belanja, aku kata je ada rezeki lebih, tapi diorang tak tahu aku dh ada income tetap sendiri. Dan mostly tak tau aku buat bisnes online. Sorry ya geng aku terpaksa berahsia.

So konklusinya, patut ke aku confess everything pada sis tu pasal diri aku? Aku betol-betol sukakan dia. Ke patut aku rahsiakan pasal income aku ke macam mana?

Lagi satu nak cakap, aku pakai moto je dari 2013 sampai sekarang. Yelah perempuan manalah suka kan lelaki ada moto je. Bukan aku tak mampu nak beli kereta, cuma tak nak show-off. Biar aku rasa susah senang zaman study. Nak low profile je sekarang.

Tolonglah bagi pandangan korang.

-Bro Cap Ayam

– Bro Cap Ayam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *