Salam.
Aku nak juga buat confession tentang diri aku. Aku seorang pengemas gemar mengemas. Setiap tahun, aku akn bertukar bilik (lumrah org yg stay di hostel/mahallah). Setiap tahun juga aku akn bertukar rumate. Dan setiap tahun juga rumate2 aku pasti akan memahami perangai aku ni.
Pd mulanya aku hanya merasakan aku suka tempat yg kemas. Lama kelamaan..baru aku sedar aku seorang yg perfectionist. Pen warna2 yg aku guna, pasti akn aku susun cntik2, pensil2 dan pen2 aku susun cantik2 walau aku tgh guna utk study. Baju2 yg aku sangkut dlm almari, msti sama tinggi, susunan baju pn ikut jnis bju n suar. Kalau ikutkan, nak susun ikut kaler mcm kat supermarket tu. Tp ruang xckup.
Katil aku? Cadar yg tak pernah xtegang. Sentiasa sahaja kemas. Hinggakan kwn2 aku yg nak lepak kat bilik pn xberani nak lepak atas katil aku. Kata dorg kemas sgt. Aku nie hari2 sapu sampah, lap meja tulis, kmas katil, buang sampah, n weekend pula buang sawang2 kat dlm bilik n cuci kipas. Kasut2 aku pula, aku susun cantik2. Termasuklah kasut2 rumate aku. Setiap kali pulang dr toilet, jika aku nmpk kasut atau sandal berselerak, pasti aku susun balik. Kat masjid pn aku suka susunkan.hehe..
Aku sbnrnya jarang2 melepak di bilik kwn2. Bukan apa, aku takut aku terkemas bilik diaorg sekali. Bukan sekali dua terjadi. Hinggakan bila aku nak g bilik membe, dorg akn kmas dlu bilik then baru bagi aku masuk. Punyalah xmo aku yg kemaskan. Ada juga sekali aku dpt rumate yg cun melecun, tp merokok pulak, ditambah pula bkn pengemas. Masa tu aku dan dia satu compartment taw. Katil aku diatas dan dia dibwh. Baju2 yg dia angkat dr jemuran akn dia campak jer atas katilnya, buku2 n nota2 berselerak atas meja. Pintu almari pn dia jarang2 tutup n buatkan aku nmpk betapa berkecamuknya almari dia. Aku nie xlah jnis nk mrh2. Aku buat mcm aku kat rumah. Lipat jer bju minah nie..semua bju ok. Luar dlm aku lipatkan cantik2 n susun ats katil dia. Katilnya pn aku kmaskan. Apatah lg buku2 n nota2 nya. Mula2 rumate aku serba salah. Lama2 dia malu sndri n akhirnya dia kmas juga brg2 dia walau xseperti yg aku mahukan. Namun aku cuba bersabar.
Bg sesetengah org bnda nie simple. Towel pun korang campak jer mana2 korang rase perlu. Namun bukan aku. Semua bnda patut diletakkan di tempat yg sepatutnya. Senget sikit pn blh buat aku stress. Kalau bli air yg berais..pastilah ats meja nanti akn berairkan? And selalu nya kwn2 aku buat bodo jer. Aku plak, tidak. Mstilah aku ltak lapik dibwhnya. Pi makan kat kedai pn, aku yg berkali2 lap meja makan. Walaupun pelayan dh lap.
Entahlah. Lama kelamaan aku mula dpt menahan diri aku dari mengemas bilik kwn2 aku. Yelah nmpk mcm aku menghina dorg plak. Hati aku masih sakit melihat tu smua. Tp masih blh bersabar. Namun ada byk lg yg aku xblh consider. Terutama bab2 bilik air yg kotor, katil xkmas. Buku xteratur. Tangan aku nie mcm automatik plak g susun. Kalau di library tu, kerap juga aku tolong susunkan buku. Sebab tu aku xsuka g library. Hehehe.
Bila umur makin menginjak. Aku mula cuak. Takut2 aku dpt bakal husband yg xpengemas mcm aku.. aaarrrghhh..mau aku mental dibuat husband sendiri. Kwn baik aku pn, mcm dh knal sgt aku. Keretanya juga bersih jer bila aku naik. Yelah, bila aku nmpk kotor jer aku yg tolong kemaskan. Kalau xmampu gak, mmg aku berleter lah nanti.
Aku survey2 ttg diri aku yg nak perfect jee nie. Rupa2nya pengakit OCD. Tp aku rse aku normal jer. Bezanya aku suka bersih,kemas n teratur. Everything msti teratur. Owh bakal husband aku (yg mana aku masih single n available), aku berharap sgt kau pengemas. Xmcm aku pn xper. Tp jgnlah sampai tahap pengotor. Kadang2 aku terpikir, ada ke yg nak kat aku yg cerewet bab2 mengemas nie.
Apa kata korang ek?
– Cik Pengemas