Assalamualaikum. Izinkanku berkongsi ujian yang Allah uji pada tahun lalu.
Bangga bila ramai wanita dan lelaki dapat menyambungkan pajarannya ke UIA. Universiti Islamik siapa tak bangga. Tapi yang paling tk boleh dibanggakan bila lelaki ada didikan agama tp terpesong akidahnya. Why aku kata demikian? Sebab Allah uji aku disihir pengasih oleh lelaki bekas UIA.
Terkejut bukan. Perwatakan dia yang nampak baik rupanya sebaliknya. Kerana aku tak mampu menerima cinta dia, sanggup dia sihir aku tergilakan dia. Allahu.. Pada mulanya aku tak perasan dan tk sedar, segala kelakuan aku semuanya nampak pelik di mata housemate dan roomate. Mereka tertanya-tanya "Kenapa kau da lain?" Dan aku masa tu hanya terpinga-pinga(tak sedar) Sehinggalah aku balik cuti sem, parents aku nampak perubahan aku especially ibu. Naluri ibu lebih kuatkan. Tk payah cakap apa perubahan aku cukup korang tahu gaya aku sebijik mcm Sabrina dalam filem Khurafat. Terjerit-jerit, menangis hari-hari semata-mata gilakan lelakiUIA tu. Aku mmmg tk suka langsung dia, bila aku kena sihir pengasih aku jadi gila bayang kat dia. Allahu.. Berat ujian aku di usia aku masih muda, masih belajar.Akhirnya family aku ikhtiar jumpa ustaz perubatan Islam, ustaz cakap aku disihir. Selama beberapa bulan aku hadapinya, aku tk sanggup utk laluluinya lagi.
Dipendekkan cerita disebabkan aku disihir aku kerap bangun Tahajjud minta sunguh-sunguh pd Allah utk hapuskn rasa sakit ini. Aku tahu Allah uji aku sebab nak aku dekat dgn Dia. Aku tahu Allah sayang aku.Tahajjud pun ada kelebihannya iaitu Allah beri kesihatan yg baik. Jadi utk aku sihat dari sihir ini aku gagahkan diri Tahajjud merayu pd Allah utk hilangkan sakit ini.
Syukur Alhamdulillah. Allah Maha Penyayang, sihir aku hilang dan automatik rasa gila byg aku pd lelaki bekas UIA tersebut hilg serta-merta. Aku da tk mcm org gila da, aku da normal. Syukur Ya Allah.
Sejak dari ujian itu aku makin dekat dgn Allah. Perasaan tenang tu masya-Allah sgt tenang. Aku mohon agar Allah lindung aku dari lelaki dan manusia yang berhati syaitan. Walaupun aku tk sanggup utk laluinya kali kedua tp aku bersyukur Allah uji aku sebab Allah tknk aku lalai. Allah nak aku kembali kpd Dia jd kekasih Dia.
Aku mohon Allah hantarkan aku jodoh yg ikhlas, yang mampu jaga dan bimbing aku ke Jannah. Kalau orang da taknak janganlah menyekutukan Allah wahai manusia sekalian. Dosanya besar. Buat lelaki yg ada agama pls la jd Pelindung bknnya perosak wanita.Allah murka.Rasulullah sedih.
Kini aku sihat alhamdulillah. Doakan aku kuat dan tabah hadapi ujian Allah sebab aku nak jd kekasih Allah hingga nafas terakhir aku. Sekiranya ujian itu terbaik utk aku, makin dekat aku dgn Allah, aku bersyukur. Aku kuat kerana Allah menguatkan.
Salam sayang,
Hamba Allah.
– Haura