Kehidupan 2

Assalamualaikum. terima kasih atas komen-komen positif awak semua. Yea, saya sedar saya kena move on dari si dia. Tapi saya takot, ada ke lelaki yang sudi terima saya yang mcm ni? Aib saya sungguhpun kalau saya tak bagitahu suami saya selepas berkahwin, saya tetap rasa dia akan tahu juga akhirnya. Saya menjarakkan diri saya dengan semua lelaki. Rasa bersalah saya tetap menghantui saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya banyak habiskan masa sendiri. Meratap. Saya takot. Saya takot takde yang akan terima saya, sudi dengan saya. Penyesalan saya tak dpt nak digambarkan sebanyak mana. Saya menyesal. Saya takot. Saya buntu. Kalau saya bagitahu masa silam saya, tiada yang akn terima saya. kalau saya simpan, lambat laung akan pecah jugak, dan pastinya saya dihimpit rasa bersalah seumur hidup. lelaki yang sentuh saya pun dah bahagia dengan bakal isteri dia dan akan bernikah bulan hadapan. tapi mereka bahagia atas derita saya. saya pulak masih disini tanggung semua sakit. dan, dan lelaki tu langsung tak peduli sikit pun pasal saya. dunia tidak kejam. tetapi manusia kejam. anggap semuanya takdir? yea, itu yang saya anggap, saya terima, tetapi sebagai manusia berakal, tak boleh ke sikit pun dia fikir tanggungjawab dia? saya dah berubah, tetapi saya masih hidup dengan ketakotan, bayang masa silam saya. saya takot. sangat takot.

– Gadis ketakotan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *