Salam.terima kasih kalau sudi keluarkan post aku ni dan terima kasih andai sudi baca.
Lately ni aku tengok orang asik post pasal jodoh.aku bukan apa,aku pon pernah ada kat tempat korang yang risau sangat jodoh tak kunjung tiba lagi tu.kalau menanti jodoh jangan lah menampakkan diri korang tu desperate duk post post benda emosional nak2 berkaitan jodoh dan cinta etc.
Tapi terpulanglah,media sosial korang kan.cuma pesan aku korang buat rileks la ok?chill je.semua orang hidup dalam time frame memasing.so bila sampai masa,jodoh ke ajal ke akan tiba jua.bak kata seorang ustaz ni ‘jodoh tu ibarat buah durian.durian bila masak dia akan gugur sendiri.macam tu jugak jodoh,dia akan datang bila sampai masanya’.
Aku tengok ada certain kawan2 aku ni rileks je even tak ada pasangan pon lagi.dia chill weekend pegi bercuti dengan kawan2 and manfaatkan masa bujang yang dia ada sebaiknya.masa ni lah korang yang bujang dan dah berkerja tu nak enjoy hidup puas2 maksud aku,capai lah dulu apa yang korang nak capai and please dont settle for anything less.jangan disebabkan orang lain dah kawen,kita pon sibuk nak kawen.just enjoy the moment friend,your time will come.
Ok here’s few tips i can share with u guys. ni just certain tips yg aku pernah amalkan.kalau elok,try amalkan,kalau ada apa2 yang salah,boleh tegur di ruangan komen ye!
1)DOA
bukankah senjata orang mukmin tu dengan berdoa?lupakah kalian bahawasanya Allah berfirman,minta lah kepadaNya,nescaya Dia akan perkenankan?dan lupakah kalian akan ayat ‘mintalah pertolongan dengan SOLAT dan SABAR?’
Dan bila kalian berdoa,berdoalah dengan bersungguh2.selawat dan salam ke atas Rasulullah saw terlebih dahulu jangan lupa.doa ke ats ibu bapa dan istighfar banyak2.percayalah bahawasanya Allah itu Maha Pemakbul segala doa,jika besar dosa kita sekalipon,tetaplah percaya Allah dengar akan doa kita dan Dialah satu2nya yang boleh perkenankan doa kita.klu kita doa dalam keadaan lalai dan tak yakin yg Allah mampu beri,adakah Dia akan beri?
Jadi doa dengan yakin dan bersungguh.
Doa lah macam mana sekalipon,contohnya ‘ya Allah kalau si fulan bin fulan itu jodoh terbaik untukku,agamaku,hidupku dunia akhirat,kau permudahkanlah ya Allah,kau tetapkanlah hatinya utk ku dan palingkan hati dia dari org lain dan palingkan lah hati org lain dari dia and etc..’ haa sampai macam tu sekali..nampak sangat kau beriya nak kan dia kan?
Doa lah di setiap sujud terakhir, dan di setiap doamu seusai solat waktu,terbangun di tengah malam,dan waktu hujan lebat serta malam jumaat and hari jumaat dan lain2 waktu yg digalakkan utk perbanyakkan doa.
2)al-fatihah.
Aku dulu dan sampai sekarang amalkan hadiah al-fatihah buat jodoh aku.diiringi doa supaya bertemu aku dengan jodohku dalam ikatan yg sah dan dipermudahkan serta dipercepatkan.
3)solat dhuha.
Yup even 2 rakaat pon,dirikanlah jika berkesempatan.jangan lupa,jodoh tu pon satu bentuk rezki dan akan bawa rezki2 yg lain juga in shaa Allah.
4)amalkan surah al-wa’qiah.
Baca sama ada lepas subuh atau solat asar. ni pon utk jemput rezki jugak.xpon baca bila mana korang sempat x kisah time bila asalkan istiqomah hari hari baca jangan tinggal.
5)surah yaasiin.
Lepas subuh atau maghrib atau baca je tiap2 hari jangan tinggal.aku amalkan ni alhamdulillah lebih tenang je hidup aku.
6)solat tahajud.
Aku x selalu amalkan sbb ye aku jenis susah jugak nak bangun malam tp apa salahnya kita cuba istiqomahkan lepas ni..in shaa Allah..siapa yg penah buat mesti taw akan nikmatnya ketenangan itu and berdoalah puas2 time tu di kala semorang tengah lena tidoq.
7)solat istikharah jangan lupa!
Walaupon kadang kadang kita x nampak pon rupa dia macam mana ke apa ke tak ada jawapan sekalipon tapi tetap jangan berhenti. in shaa Allah ada jawapan dia yg Allah bagi kat tempat lain.
8)berbakti pada ibu bapa
Klu korang baik dgn mak ayah,in shaa Allah korang pon akan Allah bagi jodoh yg baik jugak and Allah akan permudahkan segalanya. ni penah jadi depan mata aku sendiri.
So kesimpulannya,ni adalah sedikit perkongsian tips menjemput jodoh/rezki.klu ada kesilapan mohon tegur dan klu ada penambahan,mohon kongsi tips kat ruangan komen.sekiranya tak dapat amalkan semua jangan tinggalkan semua.try la sikit2.klu jodoh lambat sampai,in shaa Allah benda lain yg akan korang dapat.iaitu erti ketenangan dan keindahan mengenali Allah,pemilik segala cinta.ingat ajal maut jodoh dah tertulis lama da.cuma kita sebagai hamba kene bersabar dan bersangka baik kat Allah.in shaa Allah baik2 juga buat diriku dan kalian .moga segala hajat kita Allah makbulkan dlm bentuk yg sesuai utk kita.Allah tahu apa yg terbaik utk kita.jadi tetaplah bersangka baik pd Dia.
Sekian,wassalam.
– Ms.S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit