Anak saya, 15 tahun. Dari kecil, dia budak yang baik – pemalu, pendiam, bukan jenis yang suka bercakap dengan orang, apatah lagi dengan perempuan. Kakak dia pernah cerita, masa sekolah rendah, ada budak perempuan suka dekat dia pun dia lari. Kawan-kawan usik pun dia diam, langsung tak balas. Dia bukan jenis yang kasar, tak melawan, sentiasa hormat orang tua. Dekat rumah, dia rajin tolong saya. Dekat sekolah, cikgu selalu puji – akademik bagus, tak pernah buat hal. Saya percaya dia bukan jenis yang akan buat benda bukan-bukan.
Tapi sejak kebelakangan ini, saya mula rasa tak sedap hati.
Dia makin kerap keluar rumah. Katanya, lepak dengan kawan. Bila di rumah, asyik dengan telefon, tersenyum sendiri. Tengah malam, saya dengar dia berbisik dalam telefon, kadang-kadang sampai pukul 2, 3 pagi. Saya cuba fikir positif.
Sampailah satu hari, adiknya tiba-tiba tanya saya sesuatu yang buat darah saya berderau.
“Mama tahu tak, abang jalan pimpin tangan dengan perempuan masa balik sekolah?”
Saya tergamam. Anak saya? Pegang tangan budak perempuan?
Dia yang dulu lari bila budak perempuan suka dekat dia, sekarang dah berani pegang tangan? Saya cuba yakinkan diri mungkin adiknya salah tengok. Tapi sejak hari itu, saya mula lebih peka. Saya perhati setiap gerak-geri dia.
Dan satu petang, masa saya kemas bilik dia, saya terjumpa sesuatu dalam laci.
Tangan saya menggigil masa saya tarik keluar.
Gambar polaroid.
Anak saya berdiri rapat dengan seorang perempuan. Dia peluk perempuan itu dari tepi, kepala perempuan itu bersandar di bahunya.
Saya letak balik gambar-gambar itu seperti asal. Saya keluar dari bilik, cuba bertenang.
Malam itu, saya nekad baca WhatsApp dia.
Saya tunggu dia tidur. Perlahan-lahan, saya capai telefon dia.
Saya scroll chat.
“Best sangat semalam.”
“Nanti jumpa lagi.”
Semakin saya scroll, semakin dada saya berdebar.
“Sayang sangat kat awak.”
“Tak sabar nak keluar sama lagi.”
Saya genggam telefon erat-erat. Saya buka galeri.
Dan di situ, saya nampak lebih banyak gambar mereka berdua.
Dan bila saya tengok betul-betul wajah budak perempuan itu, jantung saya berdentum kuat.
Sebab saya pernah nampak wajah ini sebelum ini.
Dalam sketchbook anak saya.
Saya teringat kembali lukisan-lukisan yang saya pernah jumpa. Wajah yang sama. Mata yang sama. Rambut yang sama.
Dan sekarang saya tahu – bukan sekadar imaginasi, bukan sekadar lukisan. Perempuan itu wujud.
Saya cuba bercakap dengan dia. Saya marah, saya tegur, saya larang. Saya cuma nak dia faham. Dia baru 15 tahun. Dia masih terlalu muda untuk semua ini – cinta, janji-janji manis, perasaan yang dia sendiri belum cukup matang untuk faham.
Tapi dia tetap contact budak perempuan itu.
Dulu, dia lari dari perempuan sebab malu.
Sekarang, dia lari dari saya sebab takut kehilangan seorang perempuan.
Saya benar-benar buntu.
Saya seorang ibu. Saya cuma mahu yang terbaik untuk anak saya. Saya risau dia tersilap langkah, terlalu tenggelam dalam perasaan yang dia sendiri belum cukup matang untuk faham. Saya takut dia terluka, saya takut dia buat keputusan yang dia akan kesali nanti.
Tapi semakin saya cuba lindungi dia, semakin dia jauh dari saya.
Apa yang saya patut buat?
Perlukah saya terus menasihati dia, walaupun dia tak mahu dengar? Atau saya biarkan dia belajar sendiri dari kesilapan? Saya tak mahu jadi ibu yang terlalu mengongkong, tapi saya juga tak sanggup lihat dia hanyut dalam sesuatu yang dia belum bersedia untuk hadapi.
Saya betul-betul perlukan pendapat.
Kalau anda di tempat saya, apa yang anda akan lakukan?
– Mel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak lama lg rosaklah anak puan akibat mabuk cinta.Confirm tak nak sambung belajar dan ikot saja permintaan perempuan tu.
Sy dah ada pnglmn..adik sepupu..dia pelajar bijak tp sanggup berhenti STPM sebab ada pakwe.Tak nak smbg study dan sibuk kerja kedai mkn senang nak bersosial
Pdhl lelaki tu mybe nk mainkan dia je..klau dr segi famili mmg tak sekufu
Puan jmpa bdk perempuan tu minta dia jauhkan diri dgn ank puan.Ckp suruh putus sebab abahnya tak suka…
Rosak ms dpn bila muda lg dah pndai bercinta..x lama lg bunting plak anak org…bdk skrg advance
Minta maaf, jika saranan saya ni x membantu puan.. saya pon ada ank2 remaja.. tp remaja skrg, x mcm remaja dlu2, bole akur n mndengar ckp.. remaja skrg ibarat ‘buluh’ yg telah keras, bkn lg ‘rebung’ yg lembut, dan jika kita paksa2, mrk boleh ‘patah’ dan sanggup mninggalkan kluarga (malah ada yg sanggup nk ‘bunuh diri’ – na’uzubillah), jika kehendak mereka ditentang dan dihalang.. tentang berhujah atau melawan ckp, xperlu dicerita, silap2 hati ibu yg akn ‘terguris’ dan ‘terluka’ dgn kta2 mereka.. so, klaw bule, puan buat ka ‘reverse psychology’, atau cuba berbaik & rapat dgn mereka.., sampai tahap mereka bercerita sendiri tentang keadaan yg mrk alami.. jika dia cerita, jgn terus ‘melenting’, lgi pon puan dah dpt agak dduk perkara.. terangkn, jika nk berkawan bole, tp pelajaran lbh utama, & jgn ‘hanyut’ sehingga mengabaikan ibadat (solat) dan pelajaran.. klaw bole, bg syarat, jika dia cemerlang dlm pelajaran, tidak mninggalkan solat dan menjauhi yg dilarang, puan pon akn ‘support’ dia utk terus maju, n terangkn bhw, jika dia ingin teruskn juga ke fasa yg lbh serius, dia perlu ada kelulusan yg baik, seterusnya pekerjaan yg baik, supaya kluarga gf dia dpt terima dia dgn baik.. at the same time, cuba tnya tentang ken nya itu, adakah ‘ cenderung’ dlm pelajaran.. jika ye, mngkin bole sama2 belajar n maju utk msa depan mrk nt.. (ada je psangan remaja yg sama2 bercita2 tinggi dan berjaya dlm pelajaran, jika mrk benar2 fokus n sedar la..) di samping tu, puan berdoa la, agar hatinya tidak terpesong utk melakukan perkara2 yg mngikut ‘nafsu’, krn mrk masih muda, jika terjadi yg bkn2, mngkin akn ‘hancur’ hidup mrk, bila berfikiran singkat, ank skrg mmg advanced dr segi teknologi n maklumat terkini, tp dari segi tindakan, mereka masih ‘naif’ krn kurang pengalaman dan kononnya ‘takut’ dikecam, tp sanggup mngambil tindakan yg di luar jangkaan, itu yg bnyak kes jenayah (rog*l, liw*t, b*nuh, bu*ng an*k, dsb..) mohon kita dijauhkan dari semua itu.. sentiasa doakn mrk yg baik2, insha Allah, doa seorang ibu makbulah..
Puan keluar bersama2 mereka -bersembang2 juga…atau boleh jemput ke rumah. Kenali keluarga, tanya apa matlamat hubungan, bentangkan perjalanan hidup mereka yang jauh lagi, boleh merancang tetapi kena jelas dan tahu batasan dalam pergaulan. Takut sangat kalau dah ‘on-the-phone’ sepjg malam…keluar berjumpa lagi
Jangan dibiarkan, takut nanti puan ‘diserang’ apabila anak termengandungkan anak dara orang! Saya dah melaluinya – memang rosak masa hadapan! Sepatutnya peringkat umur mereka ini perlu fokus kepada pelajaran, persiapkan diri sesungguhnya.. tanggungjawab solat Subuh pun masih ke laut dalam inikan pula tambah tanggungjawab sebagai suami-isteri dan sebagai mak-ayah kepada anak yang dilahirkan. Sayang, generasi jadi rosak, tidak mahu sambung belajar selepas SPM, maka jadilah hidup seadanya …menumpang mak-ayah yang dah tua
Adakah anak2 muda ini tahu bahawa realiti selepas berpasangan/berkahwin, bukan lagi sentiasa berloving-loving spt tontonan di medsos atau skrin tv?
Puan, fasa ni patutnya puan and anak2 kena jadi macam kawan, kena dengar side dia semua. Umur macam ni jangan larang sangat memang makin teruk jadinya.
Macam saya dulu ayah memang garang and haramkan couple2 ni tapi saya jenis memberontak, ayah rampas phone. Kena pukul rotan tu biasa(patotnya umur macam ni tak boleh rotan dah, memang tak jalan bagi saya), tapi saya lagi memberontak sebab saya rasa saya tak buat salah pun, berkawan dengan lelaki je bukan buat benda bukan2. Kalau ingat balik teruk betul perangai saya masa tu melawan ayah and mak saya. Saya paling tak suka bila mak saya kawal2 saya, padahal saya rasa saya dah besar.
Tapi bila saya kenal suami saya masa sekolah tu, family jenis sporting siap ajak saya jumpa kenal lagi, jadi suami saya semua benda dia luahkan kat mak dia, takde rahsia. Dia pun takde buat bukan2 kat saya sebab dia kata dia taknak hancurkan hati mak dia. Adik beradik dia pun semua macam suami jenis takde perangai pelik2. memang macam kawan dengan parents. Dari situ saya belajar kita kena jadi kawan2 dengan anak remaja. Kiteorang bercinta dari form 2, belajar sampai degree, now dah kahwin anak 3. Banyak2 doa puan.
Nanti puan nasihatkan dia jaga batas and warning sikit jangan sampai pelajaran merosot. pastu puan suruh dia ajak gf dia datang beraya ke. Bagi saya lagi selamat kalau kita dah kenal dengan sape anak kita berkawan.
Puan, sy menasihati sebagai seorang kaunselor. Sebagai seorang guru kaunseling yg berpengalaman. Jika Puan rasa nasihat sy bermanfaat Puan ambil.
Puan, anak diusia remaja mmg Puan kena layan dia macam kawan. Seperti apa yg islama ajarkan. Semakin Puan tegas, makin jiwa anak memberontak. Usia sebegitu normal puan, bukan anak puan sahaja. Orang lain pun berhadapan dengan isu sama. Samaada kantoi atau tidak sahaja dgn parents. Puan xboleh masih dgn mindset “dulu anak sy malu dengan prempuan”. Anak puan tak berubah puan, tapi dia semakin remaja, segala fungsi kognitif, pemikiran, segalanya mmg berubah puan, nak2 lagi bila dh masuk usia akil baligh. Nafsu nak berpasangan mula muncul. Puan kena faham, nafsu dan keinginan ini adalah naluri dan fitrah. Seperti yg kakak2 komen dekat bawah. Betulla tu Puan, daripda puan terus emosi dan kecewa dgn anak, apa kata puan dekati anak. Buat mcm kawan2. Berkwan shingga anak takde segan silu nak borak dgn puan. Jangan letak batas dia anak dan puana adalah ibu. Jgn marah dia sebaliknya ikut rentak dia tapi selitkan jugak harapan2 kita sbg ibu. Sy jugak anak puan, sy juga ada ibu yg tidak memahami dan setiap kali sy nk bercerita tengan teman lelaki. mak sy menyindir macam2. Jadi kita sbg anak kita rasa takda kawan takda teman berborak. Semua ank2 mengharapkn sosok ibubapa yg tidak menghukum.
Sy faham puan nak didik anak sebaik mungkin. utk pengtahuan puan juga, tidak semua tindakan ibu bapa itu tepat puan. Jangan terlalu keras dgn anak. Ikut apa yg islam ajarkan. Ada sbb kenapa islam minta ibubapa buat anak sbg kawan bila dh masuk usia remaja. Sekali lagi sy pesan puan, jgn terus tegas dan attack anak. Sebaliknya cuba berbual dan borak dgn dia. Segala apa yg berlaku harini puan, akan meninggalkan parut berbekas sampai anak besar Wallahualam