Kerja Di UA

Aku kerja di sebuah universiti awam sebagai seorang pensyarah. Aku baru je kerja 3-4 tahun. Aku nak confess pasal benda2 yang aku nampak berlaku di sekeliling aku.

Pertama, pasal salah guna dana. Korang tahu kalau kerja gomen ni akan ada masa kau kena pergi segala mcm workshop/seminar ni kan? Samalah mcm kami di sini. Tp bezanya , aku rasa manusia2 yg beria-ia nak buat workshop ni sbnarnya nak pergi melancong je. Ye lah, buat workshop dekat resort yg bayar rm300/night. Yg pergi bukan sorang dua, bukan satu malam. Jauh pulak tu. Kena spend utk makan lagi. Lepas tu, workshop apa semua tu sbnarnya tak perlu pun – saja je nak buat agenda2 mengarut dan nak buat tempat relaxing sbb nak release stress la kononnya.

Tak salah nak buat workshop. Cuma kena pastikan memang betul2 perlu dan bukan something that couldve been done over emails. Dah membazir tu satu. Kena miss class lagi. Kalau nak buat workshop pun, apa kata just buat je di uni tu. Apa guna bilik meeting/dewan besar2 tp tak guna sepenuhnya. Aku tahu mereka ni nak pergi bejalan je sbb ketua jabatan pernah cakap yg memang tak salah kita bermewah utk rewards ourselves for all the hardworks we have done. Nak muntah bila sgr sbb kj yg ckp tu sgt la pemalas dan incompetent sbnarnya.

Yang tak boleh nak blah lagi. Duit nak pergi workshop atau majlis makan2 ada. Tp duit utk benda2 penting mcm alat mengajar tak ada pulak.

Aku sedih sbb duit dana uni dtg dari kerajaan, dgn kata lain, duit rakyat bayar tax. Salah guna dana ni dah sama macam embezzlement lah bagi aku. Memang, aku rasa aku patut suarakan benda ni. Jadi lantang, jadi berani. Tp, aku tak nak amik risiko hilang kerja ni. Kalau mereka nak berentikan kerja aku, they can do it any time. Lagipun, top management pun perangai sama, mcm mana nak berubah?

Kedua, pasal kualiti kerja. Korang mesti familiar dgn steretaip org kerja kerajaan ni kan. Masalahnya, benda ni memang betul. Kalau call jabatan mana2 mesti kena call beribu kali baru nak angkat. Keluar breakfast lunch tea sesuka hati. Malu sgt dekat students bila diorang complain. My fellow lecturers pula ada yg tak masuk/masuk lewat kelas. Ajar tak ikut silibus la. Suruh students belajar sendiri la. Kesian students. Tahu sgt kalau jenis mengajar mcm ni sbbnya kalau diorang buat soalan tests/exams, mesti diorang buat soalan salah. Jadi, kalau lecturer sendiri pun buat soalan salah. Apa maksudnya? Diorang pun tak paham la tu apa yg diorang ajar. Tak masuk lagi yg pergi gym pagi2 waktu kerja, yg duk ajar students cara main badminton smbil duk pegang2, yg mengular tak pernah lekat di ofis tu tak payah cerita lah. Masalahnya lagi, walaupun benda ni semua org dlm department tahu, sebab yg buat hal tu senior lecturer dan dah ada permanent position, nothing much couldve been done to them. Setakat warning sampai kiamat.

Okay tu je nak cerita. Doakan aku tak jadi mcm diorang dan tak akan pernah selesa dgn apa yg diorang buat.

– O

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit