Assalamualaikum. Firstly, if confession ni dipublish, hope pembaca dapat memberikan komen yang positif. Sebabkan ini pertama kali aku confess, aku tak pandai nak karang ayat yang sedap dibaca, so straight to the point aje k.
Aku seorang fresh grad yang dah bekerja 2 bulan, before tu aku menganggur 3 bulan. Dalam masa 3 bulan tu, 4 kali aku di reject interview, atas alasan aku takde pengalaman. Well, zaman sekarang ni persaingan sangat sengit, memang payah nak dapat kerja even pointer cun pon. Then bila aku dapat offer kerja of course i’m happy memandangkan aku harapan keluarga. Ibu memang seorang suri rumah, ayah pulak baru 3 tahun bersara company swasta. Adik² masih belajar di IPTA Semenanjung Malaysia. Kerja yang sekarang ni actually lari bidang dari apa yang aku belajar di universiti dulu, hanya 5% jer topik dia aku belajar. So aku banyak kena belajar dan bertanya. Kadang² risau jugak jika persoalan² aku akan menjengkelkan mereka sebab kadang² aku ni nampak bodoh gile dimata mereka. Aku engineering student tapi ambil kerja related dengan procurement, documentation, account. Dalam hati dah berbelah bahagi, perlu teruskan ke tak pekerjaan sekarang ni tapi parents aku dah berkenan sangat dengan kerja aku ni sebab dekat dengan mereka.
After 3 minggu masuk kerja, aku diuji. Aku bleeding, bile aku pegi check up dan jawab setiap soalan yang ditanya doktor, aku terus dihantar ke pakar di hospital besar. Doktor kata aku disyaki kanser sebab after check up dan refer simptom² aku menunjukkan 70% tanda kanser. Parents aku tak tahu sebab aku tak nak mereka susah hati, lagi² aku ni harapan untuk bantu keluarga.
Masalah yang aku dilema sekarang, perlu ke aku teruskan rawatan susulan sekarang atau tunggu confirmation dari company yang aku kerja sekarang? Confirmation ambil masa 6 bulan dan company ni sangat strict berkaitan cuti, mc, time-sleep dan sakit. Even before masuk kerja hari tu pon aku kena buat medical check-up, urine test, x-ray, blood test and physical test. Bayangkan, macam mana penerimaan company aku kalau diorang tahu aku posibility positif kanser? Perlu ke aku menipu setiap kali aku ambil time-sleep untuk pergi appointment dengan pakar? Alasan apa aku nak kasi? Atau perlu ke aku cari pekerjaan lain yang betul² bidang aku walaupun susah untuk masa dan ekonomi sekarang? Perlukah aku biarkan parents aku kecewa if aku carik kerja bidang aku tapi jauh dari mereka? Macam mana penerimaan keluarga aku? Macam mana kalau aku tak dapat confirmation tu? Siapa yang akan bantu family aku? Apa yang aku harus lakukan kalau result tu mengatakan aku positive kanser? Macam² lagi sebenarnya yang aku fikir cuma tak mampu nak luah.
Maaflah, confession aku ni tak menarik pon cuma luahan hati yang tak mampu aku tampung sendiri. Tolong doakan aku baik² yer. Next week ada appointment dengan pakar lagi. Hope perkhabaran baik saja :)
– Gadis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit