HI guys. Aku nak cuba medium confession ini untuk aku cuba cari jalan penyelesaian tentang masalah diri aku.
Aku dah letih nak belajar.
Dan bila aku cakap macam ni, mesti ada yang kata, kalau tak sanggup tahan penatnya belajar, kamu akan rasa peritnya kebodohan. Cuma, aku letih belajar dengan sistem universiti sahaja. Dan aku minat belajar benda yang berkaitan dengan impian aku. Kos aku sekarang memang tak ada kaitan dengan minat aku.
Aku dah cuba ingat mak ayah, dan perkara tersebut tidak berkesan. Ya, aku nak mereka gembira. Cuma aku tak rasa aku boleh berikan kebahagiaan kepada mereka dengan sambung belajar. Aku risau aku akan lebih mengecewakan mereka lagi.
Aku dah slowtalk tentang minat aku dan saranan mereka untuk lihat aku sambung belajar. Tapi aku akhirnya turuti kata kata mereka dan ketepikan minat aku. Aku pun bukanlah jenis yang multitasking. Aku tak boleh fokus dengan benda aku minat bila duduk universiti. Dan bila aku dah tak dapat buat, aku jadi letih dan putis asa nak belajar.
Aku memohon pada Allah tentang perkara ni, dan sekarang aku berusaha pula untuk meminta pendapat khalifah dimuka bumi (kalian semua). Bagi aku, kelemahan itu bukan terletaknya kepada hidup menyendiri, tetapi kepada hidup yang takut untuk meminta pertolongan manusia disekeliling.
Jadi sekarang, aku masih ada 3 paper lagi. Paper sebelum ni aku doa agar lulus sahajalah. Dan, serius aku tak rajin study. Sebab memang aku tak minat. Bila dah jadi macam ni, aku letih dan aku mula buat benda bukan bukan. Tengok movie, jalan jalan, dengar lagu, etc. Senang cerita, buang masa tanpa beri faedah.
Aku tak tahu perkara apa yang boleh push aku untuk aku teruskan belajar. Serius aku tak tahu. Ya, benda macamni memang datang daripada kesedaran diri sendiri, tetapi kalau mudah untuk aku sedar, aku tak kan luahkan dan minta pertolongan disini.
By the way, aku ni alhamdulillah agak optimis. InsyaAllah segala apa yang berlaku, aku anggap sebagai takdir dan pasti ada hikmah disebaliknya. Cuma, itulah, bab sambung belajar ni, aku terima sahaja, tapi aku dah letih. Aku tak buat apapun untuk tambah baik pembelajaran aku.
Dan aku tak rasa duit boleh push aku. InsyaAllah aku sentiasa cukup. Bagi aku, kalau kita jaga harta daripada benda haram, maka insyaAllah rezeki itu ada. Jadi aku pun tak tahu apa sebenarnya masalah aku. Apa benda yang boleh push aku.
Jujur, aku perlukan cadangan kalian. Mungkin ada idea yang boleh aku jalankan, dan akan aku hargainya. Jika ada hinaan dan cacian, maka aku rasa mungkin diri aku berhak untuk menerima jawab balas sebegitu rupa.
– Lelaki