Pendosa

Aku dikelilingi rakan muslimah aurat berlitup,merekalah rakan yang turut sama memberikan ruang untuk melakukan kebaikan.
Ya aku berusaha menjadi seorang muslimah sekarang,
Dan keadaan itu berbeza dengan keadaan di rumahku,mereka tidak tahu mengenai keluargaku, tidak sekali aku berbicara soal ini kepada mereka..
Saudara,
Keluargaku kebanyakannya tidak solat,mungkin berpuasa dan kadangkala tidak.
Jangan diceritakan pula dengan sosialnya abg2 ku,bermacam cerita aku dengar, dia pulang membawa wanita diheret kesini sana,minum arak, berjudi. MasyaAllah..
Tidak cukup itu, ayahku tidak pernah sekalipun singgah ke rumah Allah sepanjang perjalanan jika dia yang membawa kami ke mana2.
Saudara,
Aku telah dihiasi dengan cerita2 18sx ketika aku kecil lagi. Ditayang untuk tontonan keluarga. Geli kamu mendengar??? Ya, aku kini baru mengerti perasaan geli itu.
Aku faham mengapa abg2 ku begitu.mana tidaknya ,mereka dididik sedemikian rupa.
Saudara,aku tidak mahu membenci keluargaku.tetapi, jujur aku tidak mahu hidup dalam keadaan begitu.
Maafkan aku jika aku silap, sejak aku meningkat remaja, betapa kuatnya dugaan pada diriku, aku hampir dirogol,
Ya aku penah mempunyai teman lelaki, tetapi niat mereka tidak baik terhadapku. Allah maha kaya, aku memohon kekuatan.
Dan aku berjaya mempertahankan diriku dari hanyut dengan kancah penzinaan.
Saudara,
Aku tidak berhenti berdoa ampunilah dosa keluargaku ini,
Jangan la Allah menjatuhkan tempiasnya kepadaku atas salah silap mereka.
Ya dulu aku silap,
Tapi aku melihat kesilapan itu dan menilainya,
Didikan ibu bapa itu tersangatlah penting.
Aku mnyaksikannya wahai saudaraku , bagaimana kamu nak kan anak yang soleh dan solehah, sedangkan kamu sendiri tidak mengubah diri kamu.
Kecamlah aku, aku tidak kuat melarang mereka(keluargaku),
Kerana aku selemah-lemah iman.
Sedangkan aku menegur solat sudah hendak dipukulnya.
Lihat kamu muslimah semua,
Kamu jangan memandang rendah pada sesetengah manusia,
Mungkin kamu sudah dari kecil dididik beragama,
Dan ada lagi manusia yang terpaksa melalui berbagai rintangan untuk mengubah diri kerana bimbang ditertawakan ahli keluarga.

– Pendosa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *