tido mengingau ke lain?

Assalamualaikum. Aku terbaca pasal orang mengingau tadi.aku ini tak tahu LA mengingau ke apa. Tetapi ini benda start dari kecik la.sekarang dah tak ada(mungkin).

Aku start dulu masa darjah 3 atau 4 camtu LA. Fuhh lama tu. Still dalam ingatan. Aku n family tido dekat rumah sepupu hari itu sebab nak jalan-jalan kat Penang tu tumpanglah tido kat umah sepupu. Malam tu, aku tido kat ruang tamu. Last-last aku bangun kat tikar mengkuang kat bilik sapa ntah. Gila ko. Dengan tak ada bantal ntah apa. Aku tanya family aku sok tu benda apa berlaku. "Malam semalam ko tido kat ruang tamu tiba-tiba ko menangis nak Mak ayah. Ko jalan-jalan sambil menangis. Last, berhenti . kitaorang tak berani gerak ko dah tido camtu".

Ni kisah kedua lak. Yang ni masa form 2. Masa ini parents pergi buat haji. Aku dan abang-abang tido bilik masing-masing. Sok tu, aku dengar abang ke-4 mengadu dekat abang-abang lain. "Dia datang bilik semalam kacau aku!". Aku tanya sapa dan kenapa . "hang tak mau ngaku lak. Semalam hang datang nak ketuk bilik aku cakap tak boleh tido. Aku tak bagi masuk hang jegil mata….". Aku berani bersumpah wei aku tido mati.

Sesiapa yang da penjelasan sila terangkan. Admin post . aku nak tahu gak benda apa yang berlaku.

– miss donut

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *