Assalamualaikum.
Hari ni aku banyak tengok manusia gila share gambar2 cikgu muda zaman kini. Ada yang tanya "kenapa cikgu zaman aku dulu tak macam sekarang?", "untung budak sekarang dapat cikgu dahi licin, aku dapat cikgu dahi kedut je".
Ok. Aku bukan tak puas hati. Tapi aku kurang gemar dengan pemujaan/pemujiaan yang tak kena pada tempatnya.
First, aku nak tanye, korang rase sesuai ke seorang pendidik berpakaian menjolok mata macam tu? Sampai tersembul bukit bakau! Korang tak rase ke yang jenis macam tu dah ajar generasi muda kita "its ok untuk berpakaian begini ( tak menutup aurat dengan elok). Aku tak kata pendidik tak boleh melawa, tapi bagi aku, kau seorang pendidik, golongan yang orang hormat, jadi kau patut usaha untuk jadi contoh yang baik.
Second, aku tertanya tanya, siapa pihak berwajib ( sama ada KPM, pihak pengurusan sekolah,etc) yang memantau tatatertib pemakain cikgu2 ni? Dengan baju ketat, sendat!
Third, perlu ke kite viralkan gambar yang tak berfaedah tu? Maksud aku gambar orang selfie tak tentu arah, tak ade hala tuju, tak ada tujuan. Korang seolah olah menyokong perbuatan yang tak berfaedah tu. Kau nak ke legasi anak anak kite tayang muka kat media sosial tak tentu arah macam tu. Nak ke anak perempuan kita subuk tayang kecantikan sana sini?
Aku tak kutuk cikgu muda. Ada yang aku sangat hormat dengan cara mereka especially effort diorang untuk incorporate islamic value dalam diri anak anak murid.
Harap tak menyinggung perasaan mana mana pihak. Masih ada ruang untuk kita meningkatkan kualiti diri, bangsa, dan neara.
Thank you admin.
– Kaklong