Salam warga confess, aku bkan bdk iium. Saja bercerita.
Ak anak kedua last dari ramai adik beradik dan semua nya lelaki. Family ak memang meriah, maklumlah semua lelaki. Kalau kawan tanya, sikit2 ckp bole buat team bola. Hahaha. Masa ak 5 tahun mak ak meninggal dunia tggalkan kiteorg sekeluarga. Dan ia amat terkesan dalam hidup kami sekeluarga. Bayangkan satu2 nye perempuan dalam family dah takde. Family ak jadi huru-hara lepas tu. Tambah pulak masa tu ak, abg atas aku, dan adik ak kecik lagi, memang kiteorg xpham apa2. Bile masuk tadika n sekolah, ak memg terase gile tgok kawan2 dpt cium dari mak diorg, mak hantar dan jemput balik. Dan bile mak dah takde hilanglah doa seorg ibu utk anak.
Lpas mak aku meninggal, family aku dah tak terurus, abg2 buat masalah, ayah nikah lagi. Dan aku tak paham kenapa jadi mcm ni, sbb ak kecik lagi. Bile dah besar baru la ak faham, pentingnya seorg pompuan dalam hidup seorg lelaki. Dan ak masih bersyukur sbb ade mak saudara yg amik kisah tentang kiteorg adik beradik. Aku tak pernah salahkan bpk aku nikah, dan ak faham kenapa abg2 ak buat perangai, padahal sebelum ni abg2 aku baik je, lepas je mak takde perangai berubah. Mungkin sbb kami takde tempat bercerita.
Memang perit bile mak dah takde, makan minum dah tak terjaga.
Ayah aku yg dulu tak pernah ke dapur, tiba2 jadi tukang masak.
Arwah mak masak tak pernah tak sedap,siap jiran puji lagi. Aku igt lagi, mak usaha jugak masak walaupon atas kerusi roda demi anak2 dia. Aku hanya mampu tgok sahaja sbb masih tak paham. Aku, adik, dan abg atas aku tak byk kenangan dan gambar sama dgn mak ,melainkan abg2 yang lain.
Walaupun ayah nikah lain, tak pernah ayah abaikan tggungjawab. Ayah aku seorg yg garang, semua adik beradik takut, mana tidak nya, dah semua lelaki, takde seorg pon adik beradik aku tak pernah kene bantai. Aku bersyukur ada ayah, dia byk mengajar tentang kehidupan. Bila dah besar, baru aku tau besar nya pengorbanan ayah, masa kecik aku memg tak suka ayah sebab baran dia. Aku bersyukur sbb ayah tak pernah pisahkan kami adik beradik dan sggup bela semua anak2 lelaki dia dgn gaji RM1500 dia, padahal bole je ayah hantar kami adik beradik kat saudara mara.
Hidup dgn adik beradik ramai memang best, benda yg byk mengajar aku dlm adik beradik ramai ni ialah sharing/kongsi. Seketul ayam kongsi 3 org, tido ramai2 atas katil smpai nk roboh, semua benda kongsi dgn adik beradik. Dan inilah yg buat kiteorg tambah erat, betullah kate org sharing is caring. Aku sayang adik beradik aku,abg2 aku susah hati bile tgok adik dia lapar, pernah diorg tahan lapar semata nak tgok adik2 makan kenyang. Sekarang sume dah besar, abg2 semua dah ad kerjaya, ak pon dah final year, 5 abg aku dah kahwin, adik aku final year dip, anak buah pon nk masuk 7 org. Alhamdulilah ayah masih ada, dan aku berdoa agar umur ayah dipanjangkan supaya aku berkesempatan balas jasa ayah.
Apa yang aku nak cerita ni adalah secebis kisah hidup aku, dan aku yakin ramai kat luar tu lagi susah dan mencabar dari aku. Kalau kite nak berjaya kite tgok org atas, kalau kite nak mengeluh kite tgok org bwh.
Nasihat aku, hargailah kedua ibu bapa, selagi diorg masih hidup berjasalah kat diorg, bkn dari harta benda, tapi masa, spend la masa dgn mak ayah korg. Binalah kenangan korang dgn mak ayah,aku yakin korang pon nak benda yg sama bila sudah tua. Orang yang paling beruntung adalah seorg anak yang berbakti kepada mak ayah. Buat yg dah xde mak ayah, jgn pernah tggal solat, selalu kirim doa buat mereka sbb itulah saham diorg dari anak2 selepas mati.
Kedua, bersyukur lah dgn apa yang ada, dgn syukur ni lah rezki korang akan tambah. Yakinlah rezki tu dari allah, allah dah tentukan rezki utk setiap hambaNya. Bersyukur la dgn ape yg allah bagi. Sesungguhnya tuhan tahu ape yg terbaik utk hambaNya sedangkan hambaNya tidak tahu. Jgn pernah merungut dgn pemberian Allah. Lain manusia lain rezki dia, lain ujian dia.
Meskipon aku hilang doa dari seorg ibu, tapi aku bersyukur masih ada doa dari seorg ayah.
Sekian, terima kasih sbb baca.
_saudagardurian_
– _saudagardurian_