Assalammualaikum .Hewhew . Selalu jugak baca kisah orang give up sebab study ni . Rasa hilang semangat nak study.Rasa malas nak study.. Dan macam macam.Pendek katanya , putus asa. Apa pun ,thanks admin for approving this ;)
Aku pun pernah rasa apa yang korang rasa. Dulu time aku SPM , walaupun SPM tak sama dengan universiti , ambil benda benda yang jernih tu simpan dalam hati , yang keruh buang ke tepi okay .
Macam ni.Aku dulu memang tak suka fizik.Memang benci sangat.Tiap kali bukak buku mesti rasa nak nangis. Memang tak sah kalau belajar fizik air mata tak mengalir. Eeee.Gembengnya kau ni. Kata kata tu dah jadi makanan beb.Yelah , orang yang rasa perasaan hilang semangat nak study ni je faham .Kau suaplah kata kata semangat apa pun . Buatlah aktiviti apa pun .kalau dah tak minat,memang haprak.Tak minat lah jugak jawabnya kan.
Nak dijadikan cerita tu.Aku ni memang ler selalu fail fizik hehhehe.Malu tau sampai cikgu fizik aku tayang markah depan budak kelas lain.Huhuhu.Malu titewwww.Tapi masih tak ada kesedaran lagi.Masih berada di takuk kegagalan .Dua tahun aku berperang dengan perasaan tu.Jadi time nak dekat SPM tu , sekolah aku adalah buat program young tutor.(yt) .Aku ni secara tak sengajanya diletakkan satu group dengan budak budak yang terer fizik…(budak kelas aku)
Si yt aku ni tadi memang hebat benar fizik dia.Nak cerita kepandaian dia ni kau anggap ginilah , bila cikgu sendiri tak tahu nak solve questions , cikgu pergi rujuk dia . Bila cikgu menanda paper , cikgu tengok paper dia .huhu . Paper dia dah macam skema jawapan ! Aku ni kurang pandai sikit fizik ni.so tiap kali ada discussion tu macam blurlah apa jadah force , resistance tu semua.sebab aku sendiri TAK FAHAM APA YANG AKU TAK FAHAM , TAK TAHU APA YANG AKU TAK TAHU. so aku sendiri pun tak tahu nak tanya apa .hmmm.
Aku pun time discussion tu banyaklah benda aku tak tahu , aku tanya gak . tapi mungkin pertanyaan aku tu pelik kot.macam tak masuk dek akal mungkin,tu yang aku kena marah . hahaha. Taklah aku tak kisah pun ,mungkin dia rimas kot aku asyik tanya soalan kan. Tapi menangis tu tetap menangis ah . bukan aku tak cuba …Mungkin belum tiba lagi masa Allah nak beri kefahaman .
Cerita belum berakhir. Aku terus cuba dan cuba. Time prep petang orang lain tidur , aku fokus kat fizik.hujung minggu orang lain outing , aku duduk bilik study , dengan fizik.tapi.. masih sama.aku tak faham apa pun yang aku buat …..
Tapi. SubhanaAllah. betul kata kata yang berbunyi Allah takkan mengubah nasib hambaNya melainkan mereka sendiri berusaha.Dua minggu sebelum paper fizik ! Aku terdetik nak baca mana yang aku suka je.hehehe. yang aku suka tu of course lah tajuk yang senang.macam hafal definition je ? macam heat ?alah benda yang aku boleh nampak dan rasa dia jadi. macam benda alah wayar wayar tu , mana aku nampak current tu . mana aku nampak benda alah force semua bla bla. Aku belajar dekat library duduk dekat ceruk paling tepi sekali . seorang diri. ya , waktu ginilah aku perlu bersendirian .cehhh.
waktu tu kisah ajaib aku terjadi . semua yang aku baca.macam kena panah petir weh.zup zup zup masuk dalam otak.Alhamdulillah….tapi kenapa tak berlaku sebelum ni an ? time trial ker ? kan ? bila aku check balik ….
Rupanya sebab aku tolong ajar kawan . Yup , AJAR KAWAN . Even aku memang haram jadah tak tahu apa benda yang dia tanya aku , tapi aku explain ikut logik je. tiba tiba kawan aku ni dia dapat idea sendiri. aaha. hebat kan kawan aku ? dia memang pandai. walaupun aku tak tahu nak jawab apa , aku takterus tolak mentah mentah jawab aku tak tahu . at least aku cuba. salah ke betul belakang kira lah kan.
lepas tu time spm , aku dapatlahB+.tu pun aku dah bersyukur sangat. yelah aku fail kot takkan nak expect A+ plak kan ? tapi tak mustahil . cuma aku tahu.. dan aku pasti ada hikmah kenapa Allah gantikan A fizik aku kepada A biologi. Dariada B bio aku kepada B fizik aku. Ada hikmah kerana segalanya membawa aku kepada kuasa untuk memilih bidang atau kos yang aku nak di uni iaitu di uia .
Yup ,aku pelajar UIA dan sentiasa akan menjadi pelajar UIA in Sha Allah ..Lain kali , aku cerita pula dilema aku dalam bertemu ’jodoh di uia’ .
Apa pun satu benda je aku nak cakap kalau kau rasa give up nak study . Give up macam mana pun kau . Kau cuba je. walaupun hati kau memang dah kosong . dah tak nak . sebab kau tak tahu bila pulak kisah ajaib kau nak muncul kan ? Allah tu kan maha hebat ? dia takkan uji hamba Dia dengan benda yang hamba Dia tak mampu nak tanggung okey ;) Asalkan memang kita letakkan sepenuh pergantungan dan pengharapan kepadaNya . Sebelum tu nak tanya jugak , siapa yang ada tips nak belajar fizik ? hehehehe. next sem ni ada subjek fizik , doakan saya ya ! terima kasih :)
– Cik G