Assalamualaikum warohmatullah,
Maaflah kalau penulisan saya agak berterabur, saya marah. Orang baik pon ada limit, inikan saya yang tak berapa nak baik?
Saya perhatikan ramai yang share stories berkenaan dengan niqabis. To be honest, sometimes saya rasa agak tersinggung.
Yup, i'm one of them. Tersinggung dengan si niqabis yang orang ceritakan tu dan tersinggung dengan orang yang post comments.
Saya tersinggung dengan si niqabis tu sebab orang mula memandang rendah pada pakaian sunat ni. Orang mula menghakimi. Mostly, ramai yang kata "Tak semua niqabis baik". Selain Rasulullah SAW, semua manusia TAK SEMPURNA. Kami bukan maksum. Pakaian sunat ni bukan pelindung iman dan kalis dosa. Tapi silap yang dilakukan oleh si niqabis tu terlalu besar. Disebabkan orang yang macam ni lah, ramai orang mempertikaikan.
Ramai dah orang pakai niqab semata untuk fashion. Ramai sangat yang tersalah niat.
Dan saya tersinggung dengan orang yang komen. Wallahi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bukan nak menuduh, tapi disebabkan orang yang macam kamu. Ramai orang takut nak mempraktikkan Islam yang sebenar. Kerana apa? Kerana takut dicop sebagai seorang yang suci dari dosa. Atau dicop sebagai pembawa ajaran yang pelik-pelik. Cepat sangat menghukum. Maaflah, tapi kamu semua bukan Tuhan.
Last but not least, selalunya yang pakai tudung labuh, niqab, serban, jubah putih hanyalah budak sekolah agama dan itulah yang orang awam fikirkan.
Sekolah agama bukan tempat untuk mengiktiraf iman. Sekolah agama bukan lesen untuk pakai semua tu. Hina sangat ke sekolah biasa untuk dibenarkan memakai pakaian semua tu? Jangan ingat tiada pelajar sekolah agama yang freehair, yang minum arak, clubbing bagai. Tak semua pelajar agama mempraktikkan Islam setulusnya walaupun Tassawur Islam A+.Dan jangan ingat tiada pelajar sekolah biasa yang tiap-tiap hari berjemaah kat masjid, hafaz al-Quran, join usrah ceramah tazkirah bagai. Pelajar sekolah biasa bukannya tiada agama untuk dipraktikkan. Result subjek agama, bukan tanda kita dah cukup beriman atau tak. Sebagai pelajar sekolah biasa, saya kecewa.
Assalamualaikum ~
-Ninja
– Ninja Hattori Kun