Salam sejahtera ke atas kamu.
Sungguh, kehidupan dan benda-benda hidup ni Allah yang pegang. Bernikahlah kami dua. Alhamduillah. Hampa nak tau dak. Elok ja lepas tok kadi kata ‘sah’ tu, kami macam blur sat. Tiba-tiba teringat mimpi kami dulu. Time kami umur 19 tahun dulu tu. Pastu dok kalut-kalut salam la apala. Ambik gambaq semua. Lupa pi dah la pasai hat tu.
Malam tu lepas suami kami bukak songkok dia. Kami peghati ja dia dari belakang. Sungguh! Sungguh! Dia lah orang dalam mimpi kami. Sama. Semua sama. Dari belakang semua sama. Allah Maha Besar! Setelah sekian lama dok ‘berkawan’ dengan dia. Saat bergelar isteri dia, baru kami perasan. Padahal sebelum nikah dok tengok ja belakang dia semua tapi tak terpikiaq pun. Yalah, hati tu kan Allah yang pegang. Kan? Kan? Ni kami rasa nak teriak kuat-kuat. Waktu kahwin tu umoq kami 27 tahun. Lama mana baru terjawab istikharah kami tu. Haa..
Setakat la, Alhamdulillah syukur bahagia kami. Kelai sikit-sikit tu besala. Tak bekelai satgi tak mesra pulak orang kata. Hehehe
Nampak dak kuasa Allah. Dia sebenaqnya nak kita sabar dan yakin dengan Dia. Yang penting janganla takut dengan masa depan. Kalau hilang sesuatu, toksahla dok ghiyau terpekik terlolong macam kena polong. Berserah dan tawakkal la banyak-banyak. Kita ni manusia kecik sangat-sangat. Takdak kuasa nak tukaq atau ubah aturan Allah. Jadinya yakinlah dengan Pencipta. Sedangkan kalau bela kucing pun kita nak kucing kita happy. Belikan cage cantik-cantik. Bagi makanan mahai-mahai. Layan baik-baik. Inikan pulak Tuhan dengan ciptaanNya. Mesti Dia akan bagi yang terbaik dan sesuai untuk kita. Bila kita minta yang baik-baik, yang baik-baik akan mai dekat kita. Begitulah sebaliknya.
Hampa tolonglah doakan keharmonian rumahtangga kami naa..nanti mesti Tuhan balas yang elok-elok kat hampa jugak. Hee..
*kawan hat teman kami solat istikharah tu pun dah putuih and kahwin dengan orang lain.
Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka,
Bunga keladi.
.
– Bunga keladi