Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?
Kalau tanya aku yang dulu aku jawab boleh. Apa salahnya?
Dalam cerita-cerita kat tv tu banyak je laki dengan pempuan kawan-kawan. Macam best je.
Yelah sebab kawan lelaki tak akan jealous bila kau dressing lagi meletops dari dia.
Kawan lelaki pandai bidang-bidang yang biasanya perempuan tak pandai. Contoh komputer, kereta.
Kawan lelaki lebih sesuai untuk korang–korang yang ganas, tak berapa nak control ayu ni.
Dan untuk lelaki, kawan perempuan lebih empati, lebih prihatin.
Pantang tengok muka kau sedih sikit, dia akan tegur.
Kawan perempuan tak akan sampai hati gelakkan korang secara berjemaah bila kau jatuh tergolek depan orang ramai.
Dan kawan perempuan kau tak akan pakai baju yang sama dua hari berturut-turut hingga mengganggu deria bau kau.
Dan dulu aku pernah berangan, sweetnya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri sambil menyanyi ‘lucky I’m in love with my best friend.’
Opss, kat mana kita tadi?
Kalau tanya aku yang sekarang aku jawab hampir mustahil..
Sebab?
Tak compatible, leceh, banyak nak kena jaga di mana hampir mustahil boleh dijaga yang mana lebih mudah kalau kata tak boleh. Titik.
Tak faham.
Ok macam ni..
Pertama, antara benda yang nak kena jaga antara lelaki dengan perempuan adalah physical contact.
Tak boleh bersentuh. Langsung.
Dan buang segala kemungkinan serta kebarangkalian benda tu jadi.
So bila kau makan dengan kawan lelaki/perempuan, kena makan jauh-jauh sebab takut tersenggol ke apa.
Bila kau jalan dengan kawan lain jantina, kena jalan jauh-jauh takut tangan tengah sedap hayun terkena tangan dia.
Tak kan ter pun berdosa? Islam kan mudah?
Mungkin betul, tak sengaja tak dosa (aku kata mungkin sebab aku tak tahu)
Tapi macam mana pula dengan tindakan kau yang bawa kepada benda tak sengaja tu.
Contoh, kau tak minum arak tapi duduk semeja dengan orang yang minum arak.
Bila kau terminum air dia sebab ingat tu air Zappel kau, salah tak kau yang gatal juga duduk situ walau kau ada pilihan untuk tinggalkan meja tu?
Kawan-kawan bila dah sedap bercakap, mesti dengan tangan-tangan akan naik.
Atau bila bergurau, mesti ada bertepuk tampar, cubit mencubit, sekeh menyekeh.
Mampu tahan tangan tu setiap masa dan ketika daripada bersentuh dan tersentuh? Lagi kalau tak jaga jarak. Jangan sembang la.
Yang kedua, bila bercakap kau kena pastikan yang suara kau tu tak jatuh pada suara yang boleh dianggap melembutkan/melunakkan suara hingga menimbulkan keinginan tak elok dalam hati lelaki (untuk perempuan)
Hati orang, kau mampu nak tebak?
Dan bila kawan kau tengah sedih, mesti kau nak pujuk lembut-lembut kan.
Macam mana nak pastikan lembut tu tak masuk dalam perkara yang dilarang dalam surah al-ahzab ayat 32 tu?
Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, message dengan emoticon tu pun boleh masuk dalam melembutkan suara di mana smiley comel-comel boleh dianggap yang perempuan tu cuba bermesra.
Dan untuk lelaki, macam mana nak pastikan ayat-ayat korang tu tak memberi harapan palsu untuk perempuan-perempuan yang mendengar?
Ketiga, bab jaga pandangan.
Senang ke nak bercakap tak pandang muka atau pandang sikit-sikit je.
Kawan, mesti akan minta pandangan kawan kan. Baju aku ok? Kau rasa aku gemuk ke? Aku sado tak? Selalu pergi gym ni. Emmm.
Jadi kat mana konsep menundukkan pandangan tu?
Konsep perempuan solehah tidak memandang dan tidak dipandang lelaki? (vice versa)
Keempat, lelaki dan perempuan bukan mahram dilarang duduk berdua tanpa kehadiran mahram.
So kau tak boleh naik kereta berdua-dua dengan dia, tak boleh keluar jalan-jalan berdua-dua, belajar berdua-dua dekat kantin dan sila senaraikan sendiri.
Perkara kelima yang perlu dijaga adalah sama ada hubungan kau dengan kawan kau yang berlainan jantina tu boleh menimbulkan fitnah atau tak.
Pernah dengar bagaimana Nabi Muhammad s.a.w cepat-cepat bagitahu pada dua orang lelaki yang nampak baginda berdua dengan isteri dia Safiyah, takut lelaki tu ingat Nabi dengan perempuan lain.
Lelaki tu balas, Maha suci Allah, Rasullah. Maknanya mestilah nabi dengan isteri baginda. Nabi kot…
Tapi Nabi balas syaitan tu berjalan dalam salur darah anak adam, takut lelaki tu salah sangka.
Macam tu sekali Nabi jaga agar orang tak berprasangka padahal baginda nabi, orang nak sangka apa pun.
Macam mana pula dengan kita?
So kalau kau berkawan rapat dengan lelaki/ perempuan dan orang anggap korang couple, so yang faham tentang couple tu tentu tahu yang itu dah termasuk dalam fitnah yang memang patut dielakkan.
Ni belum masuk lagi bab tiba-tiba salah seorang terfeeling kat kawan dia.
Sadisnya bila kawan dia tak rasa apa yang dia rasa.
Atau lepas kahwin pasangan kau cemburu pula pada kawan lain jantina kau tu.
Adoi…malas la nak cerita bab ni.
Tapi jangan bimbang..
Semua masalah ni akan selesai kalau kawan kita tu sama jantina.
Boleh duduk dekat-dekat, boleh peluk, pegang tangan, tengok muka dia puas-puas.
Bukan setakat boleh naik kereta berdua-duaan, tidur sebilik sekatil pun boleh ( tulisan ni untuk mereka yang ‘tak bengkok’ sahaja).
Bila dia sedih, kau boleh pujuk dia tanpa risau suara atau ayat kau tu boleh bawa maksud lain.
Boleh keluar berdua tanpa ada khilaf.
Boleh ber message bercakap dengan dia tanpa risau tentang zina hati. Pasangan korang pun tentu tak jealous.
Dan untuk lelaki, kau boleh kentut kuat-kuat lepas tu buat macam tak ada apa-apa depan kawan lelaki kau. Dengan perempuan…tak dapat der..
Tapi kalau nak juga lelaki dan perempuan jadi kawan ni, boleh..
Kawan la dengan ayah/mak kita, abang/akak kita, adik kita, bapak/mak saudara kita, atuk kita dan..
…pasangan kita yang halal.
Senang kan? (senyum)
Habis kalau kerja sama-sama, belajar sama-sama, berpersatuan segala bagai tu macam mana?
Bagi aku tu kenalan, bukan kawan.
Kau kenal dia, berhubung dengan dia untuk memudahkan tugas kau, tahu sikit-sikit pasal dia, minta tolong bila perlu. Betul-betul perlu. Cukup setakat tu.
Tak perlu kau nak tahu dia suka warna apa, apa dia buat malam tadi, bergelak tawa, bergurau senda apatah lagi sampai nak keluar berdua-dua atas nama kawan.
No no no no (gerak-gerak jari)
Susahnya Islam ni =.=’ (tarik muncung)
Tak sayang. Islam adalah agama yang sangat lengkap, menyeluruh, halus.
Agama yang menjaga keharmonian antara sesama manusia.
Yang menjaga sekecil-kecil perkara hatta nak masuk keluar toilet dengan kaki mana pun, apatah lagi hubungan antara lelaki dan perempuan.
Belajar bawa kereta pun ada jarak selamat (3 second rule) untuk elak kereta belakang tercium bumper kereta depan.
Tapi ramai orang lepas habis belajar, dapat lesen, terus lupa rule ni. Main tailgate sesaja.
Tu yang banyak jadi accident.
Faham kan? (angkat kening dua kali)
Akhir kata, yang halal itu jelas, yang haram itu jelas.
Antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar-samar).
Siapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhat, dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
So tepuk dada tanya iman. Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?
Note: menulis untuk ingatan diri sendiri juga sebab aku sendiri masih struggle dalam benda ni. Takpe, pelan2 kita cuba ubah ya! ;-)
– Zee Mika