Assalamualaikum admin mohon approve ye
Guys, aku cuma nak tahu if ada yg boleh bagi cadangan/cara nak hilangkan sakit kepala aku ni. Macam ni, aku baru masuk sem 4. Isnin baru start class. Tp belum lg start class aku dah alami sakit kepala yg boleh tahan sakit gila laa. Huhu
Before this mmg dah selalu. Lagi2 masa sem3, sakit kepala tu sampai 3 minggu berturut2 tiap malam. Kadang tu aku tak stress pun. Tp sakit jugak. Kdg2 tu tension assignment/project semua.
Dah pergi klinik, doc ckp sbb power mata aku naik. Yep aku pakai spec. Doc sarankan aku tukar spec. Tp bila aku cek power mata aku dgn spec aku, tak banyak beza pun. Which means membazir kalau aku tukar cermin pun.
Disebabkan tu aku bgtau doc. Dia ckp lg kalau bukan sbb power naik, aku kena buat brain scan. Tp tahu jelah student. Doc ckp kos dlm Rm200 camtu. Aku tak mampu. Dah bgtau famili dorg ckp sbb stress study je.
Lagi satu aku mcm sensitif dgn bunyi bising. Mcm ptg td aku baru habis tgok Dilwale dgn membe2. Haha balik tu dlm kereta membe aku, radio on lagu Janam Janam tu, peh kawan aku punya menjerit excited bising gila terus berdenyut kepala aku sampai skrg tak hilang lg.
Yg aku pasti sakit kepala aku ni bukan sbb migrain sbb kdg2 dkat bhg hidung sampai dahi, dahi sampai pangkal leher.
Sem lepas pernah membe aku sorok fon aku nak memain, aku punya cuak masa tu sampai tetiba sakit kat dahi sampai pangkal leher mcm org pukul pakai kayu. Peh.
Jadi, tolong. Aku nak kena buat apa utk hilangkan sikit. Tidur tak jd apa mmg takleh tidur. Dahi ni dah asyik kena sapu dgn minyak cap kapak je. Mak aku suruh telan panadol, tapi aku tak reti telan pil ni
– Need help