Saya ada sorang kakak oku. Dia oku masalah pembelajaran je. Oku masalah pembelajaran ni, dia semua normal, kecuali ability dia nak adapt pelajaran macam orang normal. Dia kenal huruf, kenal nombor dan boleh eja dengan baik tapi satu perkataan take time nak eja. Other part, she’s normal like us. Termasuk lah dari segi emosi, keinginan berkawan, bercinta, berpasangan, berkahwin dan sewaktu dengannya. But she does not have the ability to think wisely. Bukan gila, maksud saya, berfikir dengan sebaiknya.
Kakak saya sekarang duduk dengan kakak saya lagi sorang. Kenapa tak duduk sekali dengan mak ayah? Sebab mak ayah saya dah lama meninggal. Sejak saya 12 tahun, dan masa tu kakak saya 16 tahun. Kenapa dia duduk dengan akak saya? Sebab dia tak selesa di jaga oleh abang2 saya, lagipun isteri2 abang saya mostly tak supportive dan semuanya jijik dengan dia. Tengok dari pandangan mata diorang kat kakak saya ni pun saya tau dorang fikir apa. Kalau balik rumah kampung, berkumpul, jarang diorang tanya kakak saya ni sihat ke tak. Kalau jumpa sekadar salam je. Nak rapat-rapat luahan hati ke hati memang tak lah.
Weekdays bila akak kerja, dia sorang je kat rumah. Saya faham dia bosan, tak ada teman, tapi apa daya kitorang. Nak hantar dia ke sekolah istimewa, dah berapa kali dia keluar masuk sebab kitorang tak suka dia dibuli kat sekolah tu. Mentang2 dia yang paling besar dan paling normal, kadang2 cikgu ambil kesempatan selalu suruh dia buat air untuk kawan2 dia yang oku fizikal, yang cikgu sibuk mekap. Kami dah serik. Jadi the best way is biar dia duduk rumah je, tak ada kena buli.
Tapi satu masalah besar bila dia duduk rumah, dia tak ada kawan nak berborak, nak share cerita, saya kesiankan dia. Jadi tiap weekend saya akan balik rumah kakak saya ni, kitorang bawak dia keluar jalan2. Weekdays hari2 lepas balik kerja Akak saya akan bawak dia keluar jalan2 jugak macam keluar makan ke gi pantai ke. Saje nak bawak dia tengok luar, yelah seharian kan dalam rumah, kitorang tak bagi dia keluar rumah, setakat nak sapu2 kat porch tu boleh la. Kawan-kawan dia hanya kitorang adik beradik perempuan dia yang tak berkahwin lagi, dan ada lah 2 3 orang anak saudara yang rapat dengan kitorang. Dunia dia hanya ada kitorang.
Lain lah macam kita yang normal ni kan. Yang belajar, ada kawan sekelas, yang bekerja, ada kawan kerja, yang bercinta, bercintalah dengan pakwe makwe masing2 kan. Yang ada mak ayah lagi, boleh borak2 gelak2 dengan mak ayah. Dia? Hanya kami yang dia ada. Saya dengan akak2 saya tak benarkan dia kawan dengan lelaki sebab dia tak ada keupayaan nak handle. Maksud saya, dia tak berupaya nak digest batas yang perlu ada bila berkawan dengan lelaki. Jauh di sudut hati, saya tahu dia nak sangat ada kawan, nak balas Whatsapp, nak mesej2, nak call-call, macam kita yang normal ni. Tapi kitorang faham keupayaan dia terbatas. Dari tengok dia kena buli, dibodohkan, lebih baik hanya kitorang sahaja yang ada dalam life circle dia.
Macam baru-baru ni, kitorang tak tahu dari mana dia dapat contact, dia ada kenal dengan sorang budak lelaki ni (kalau aku tahu siapa yang bagi contact ni kat dia siaplah ko!), rasanya macam gen-gen budak wichet la kot, ayat dalam mesej pelik semacam. Kitorang baca Whatsapp budak tu, dia cakap family dia tak bagi dia berkawan dengan kakak saya lagi. Lepas ni dia mintak kakak saya jangan contact dia lagi. Saya macam, apa? Dapat pulak kakak saya tak fasih mengeja dan membaca (sikit-sikit boleh la), memang momok je la yang baca mesej dia tu. Kitorang agak dia tak tahu yang kakak saya ni oku. Bila kitorang tanya dengan siapa dia bercakap, siapa yang call dia, kakak saya tak nak mengaku, bahkan dia tipu kitorang, dia cakap anak buah saya yang call dia. Memang tak la kan saya nak percaya. Jadi sebelum keadaan jadi lebih bahaya, saya dengan akak saya lagi sorang tu komplot, rosakkan sim kad dia masa dia tido, lepas dia bangun tido tu, kitorang pura2 lah tak tau bila dia mengadu sim kad dia tak boleh baca. Kitorang cakap sim kad dia dah rosak. Sorry sayang, we have to.
Kitorang tak tahu bila dan apa yang kakak saya dan kawan dia bualkan masa diorang on call, baik atau buruk, so the best way is, lost contact. Dan start from the day, dari air muka dia, nampak la dia sedih, sunyi. Tapi apa lagi yang mampu saya dan kakak saya buat? Kitorang tak cerita pun masalah ni kat abang2 sebab we know they don’t care. Abang-abang saya semua ada tanggungjawab lain, ada anak, isteri, KELUARGA MERTUA yang kena diorang tanggung, jaga makan, gembirakan. Kenapa saya bold kan wording MERTUA tu? Faham-faham sendiri dah la ye. Setakat masalah kakak saya kesunyian ni, no big deal untuk diorang, masalah kecil je. Heh. Diorang tak pernah jaga kakak saya, how could they think this is small matter? And even worst, ada sorang abang saya ni siap suruh kakak saya ni kerja lagi. Kerja kat taska ke basuh pinggan kedai makan ke. Alasan nak bagi dia berdikari, cari duit sendiri. What??? Diorang ni tak kenal adik sendiri ke? Buatnya dia kena buli, kena marah, siapa nak defend dia? Buat penat je kerja bagus tapi otak tak pakai. Geram betul saya.
Kadang-kadang saya terfikir nak berhenti kerja, nak run bisnes dari rumah, so I have extra time and at the same time boleh concentrate dan temankan kakak saya ni, tapi dengan keadaan saya yang pemalu, tak ada ramai kawan macam ni, mahu menjadi ke bisnes saya nanti. Too much negative thinking. Saya tak nak masa yang ada dengan kakak saya ni sia-sia. Sebab tu saya sanggup ulang tiap minggu 100km++ balik rumah kakak saya semata nak spend time sama-sama. It’s all I can do. Saya tak tahu lah nak redha ke tak dengan abang2 saya yang dasarnya nampak macam ignore kewujudan kakak saya dalam keluarga kami ni. Kadang saya perhati perangai diorang, kalau berjumpa, sekadar salam, lepas tu pukul2 manja kakak saya, lepas tu dah. Sambil lalu je.
Diorang tak tahu ke kakak saya ni jambatan syurga? Paling sedih bila kakak saya yang oku ni mengadu, dia tak suka abang2 saya pukul2 dia macam tu, ingat dia budak kecik ke nak pukul2 cam tu. Memang la tak sakit, tapi bukan tu kot cara yang sesuai nak dekati dia. Bila dia marah balik, abang2 saya buat-buat tak faham. Diorang ingat kakak saya tu budak kecik ke. Saya faham diorang ada keutamaan lain, tapi jangan nampak sangat mengabaikan dia. Apa salah dia. Dia tak pernah mintak pun dilahirkan macam tu. Tak dapat nak sara dan jaga dia tak apa, takkan nak bagi kasih sayang dan perhatian pun nak kena tunggu kitorang ingatkan?
– Kakak saya OKU
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit