Terimalah Hakikat Dunia Dah Berubah

Ini kisahku, untuk tatapan pentegar IIUMC dan pengajaran adik-adik yang baru berputik nak hidup. Sebab panjang sangat, aku ringkaskan kisah ni. Aku dilahirkan dalam keluarga yang senang – bukan loaded- tapi setakat setahun sekali pergi bercuti ke luar negara tu macam perkara biasa. Masuk U dulu pon aku ada kete baru proton sebiji dan motor kapcai beli first hand. Pendek kata menjalani hidup sebagai student tak banyak masalah. Aku keje part time pun sebab cari duit nak enjoy dan nak rasa hidup bermasyarakat.

Daripada part-time keje kilang, pernah jadi Supir harian antar budak sekolah, ngajor tuisyen budak sekolah-siap gi rumah lagik, aku join Mega Sales promoter kat Supermarket, pastu jadi Supervisor Pelayan kat F & B Hotel, jadi Security Guard kat taman tema air dan kerja kat tempat Spa Istirehat pon aku pernah. Zaman aku belajar dulu PTPTN belum ada, so walaupun dapat biasiswa cukup-cukup bayar tuition fees, duit nak bersosial kena cari sendiri. Masa tu komputer gedabak (PC) mahal sangat, kalau tak silap dekat RM5 ribu siap dengan printer. So untuk student final year, project semua kena print cantik-cantik, then jilid bagai. Pastu, sekali-sekala nak gi clubbing, dating, hisap rokok … pendek kata Alhamdulilah kerja-kerja part-time ni cukup dan menghasilkan pendapatan yang agak mewah untuk aku. Selain tu, dapat bergaul dengan macam2 level masyarakat. Ada yang dah berfamily, yang bujang sampai tua, yang OKU, psycho dan macam2 jenis manusia.

Hasil dari experience aku yang banyak buat kerja part-time, CV atau Resumee aku laku sangat. Dengan muka pokerface aku listkan semua kerja2 aku dulu dan dapat banyak offer dari syarikat besar. Sepanjang Empat tahun setengah belajar matrikulasi sampai lompat 1 tahun Degree, sepanjang tu jugaklah kareer part-time aku senaraikan. Sampai penemuduga siap tanya bila ada gap dalam sebulan dua yang aku tak kerja sebab nak siapkan final project. Majikan suka tengok kita ni jenis yang sanggup susah payah, berdikari nak hidup. Padahal kerja part-time tu pon aku enjoy life, macam menyamar dapat dua kehidupan dalam satu masa.

Apa yang aku nak share ni, moral of the story is ” Dunia Dah Berubah” Dik oi..zaman aku belajar dulu pon, ramai amoi2 yang markah exam meletup2 buat macam2 kerja part-time. Cuma diorang ni tak kisah halal-haram, so ada sikit lebih enjoy lah. Sekarang ni aku tengok sampai McDonalds dan KFC pun terpaksa ambil pekerja Bangladesh. Kat tempat aku, & 7 Eleven pon pakai Indon kerja. So mana pergi student kita semua? Korang hingat bila sesak takder duit nanges berjam-jam boleh dapat duit ker? Nabi dulu pon takder berdo’a tanpa usaha dik oii.. Macam-macam ujian Allah bagi, semua ujian tu datang dengan pengajaran yang paling mahal harganya untuk hidup kita di masa depan.

Kakak aku yang beranak 4, pernah jadi suri-rumah, tiba-tiba laki dia kena stroke, ko bayangkanlah azab hidup dia..rumah kena sita ngan Bank, kereta kena tarik. Nasiblah dia ada skill memasak. Naik balik kehidupan dia daripada menjaja nasi lemak sampai buat katering sekarang jadi pakar Wedding Planner lagi.

So nasihat aku, sebagai bangsa Melayu, bertabahlah hidup dik. Bangsa kita dulu bukan bangsa merempat. Tanah beratus ekar, bukan duduk flet atau rumah setinggan. Jangan manja sangat. Buatlah apa sahaja kerja asalkan halal. Bila rasa dah cukup umur tu, ko buat semua kerja yang boleh. Anggaplah diri korang tengah berlakon filem. Macam-macam watak ko kena cuba. Pergi mampos lah ko punya Introvert ke Malu ke apa bagai. Anggap kita ni kuli batak. Orang nak kata hape pon, nak pulau, nak dengki jangan kau cepat nak menyerah kalah. Pasal dugaan sikit-sikit dah nak berhenti kerja, nak cari kerja lain? OMG, ko ingat kau anak Menteri ? Hadap jer kehidupan ni dengan penuh semangat!!!

– Ryza Al Zauk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit