Suamiku

Aku berumur 25 tahun dan telahpun berkahwin pada awal tahun 2015. Aku bekerja syif 7pg hgga 7 mlm. Dan seminggu kemudian 7mlm hingga 7pg. Aku baru bekerja bulan lepas,selepas suamiku mendesak untuk terima tawaran kerja ini. Kerana kerja sebelumnya yang jauh dan tiada benefit.

Suamiku pula bekerja 3 syif. 7pg-3ptg, 3ptg-11mlm dan 11mlm-7pg. Adakalanya kami lgsung tidak bertemu kerana tuntutan kerja.

Suamiku mula mengkritik cara tempat kerja ku.dia complain yang kami tiada masa untuk rumahtangga. Aku dituduhnya mementingkan kerja. Sedangkan sebelum aku kerja,aku dahpun khabarkan pdnya tentang waktu kerja yg mungkin akn menyebabkan kami tiada masa di rumah.

Mustahil untuk aku berhenti kerja. Gajiku sendiri lebih banyak drinya.aku tidak kisah dia xmampu untuk membelanjakan wangnya untuk aku. Asalkan dia tahu apa yg perlu itu sudah mencukupi.

Baru2 ni dia cakap dia nk tidur saje dirumah makciknya kerana aku kerja malam. Aku terus marah2. Memang aku xberkenan dia banyak habiskan masa disana berbanding dirumah. Sebab walaupun dia kerja malam,aku akn tetap dirumah menunggu dia.

Aku terasa mungkin dia lebih selesa hidup sendiri drpd ada isteri yg xmcm isteri org lain.dan aku memikirkan adakah jln perpisahan itu terbaik buat aku dan dia?

– sarah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *