Salam
harap cik min approve post aku ni, nk luah sikit ja tak banyak hehehe.
Ok, first sekali aku perkenalkan diri aku dulu. aku ni student U nun di utaghaaa. takpe kan aku pos kt sini? hehe. memandangkan kita sama2 student, terdetik hati aku nk kongsi pendapat dgn korang. seriously, page ni antara y paling best aku lepak sambil makan pop corn. sbb korang punya komen nampak educated(mostly).
ok, apa yang aku nk luahkan adalah pasal sistem pendidikan dekat Malaysia ni especially pengajian tinggi. Apa tujuan kerajaan sebenarnya tetapkan sistem mcm ni dan takde penambahbaikan secara besar2an dari dulu? kalau xsilap aku laa. sbb apa aku pertikaikan sistem ni? bg aku sistem ni saling tak tumpah macam kita dekat zaman sekolah.
Usaha sungguh2 kita ni nk masuk universiti masa zaman sekolah, menghafalnya, siapkan kerja sekolahnya, tapi bila masuk u, benda y sama kena hadap. balik2, hafal teori, formula, buat kerja kursus. jadi, apa beza kita dengan pelajar sekolah. sedangkan kita, bila keluar main target adalah high position dalam organisasi. jd, hafalan kita tu masih kita aplikasikan ke?
tapi, ada la 1 kelebihan bila dekat u ni. kita diberi peluang utk improve softskill melalui kelab/persatuan. tapiiii, mcm mana plak dgn student y ketinggalan dari join kelab persatuan? how they can improve softskill? yaa, student y ketinggalan dari join tu lantakkk laa kan. so nnti kelebihan pd y join ni la ada softskill, sijil2 pn byk senang dapat kerja.
tapiii lagi, mcm mana bila diorang y ketinggalan ni bernasib baik, dapat kerja without softskill. adakah terjamin produktiviti diorang masa kerja dan yang ada softskill ni, terjamin jugak kah produktivitinya? kenapa aku pertikaikan macam tu? sebab berdasarkan pengalaman aku, ada sesetengah student yang join kelab ni sbb boring. jd diorang join. tp bila diberi peluang utk handle program, diorang tolak atas alasan tak layak, tak reti, tak mampu. jd diorang boleh diklasifikasikan sebagai free rider yang cuma mahukan sijil.
Dan dan, aku tahu student U akan ada praktikum. tp lama mana praktikum tu? mostly 1 semester bersamaan 4-5 bulan. cukup ke utk belajar kemahiran sebagai bekalan utk bekerja. bagi aku lah, sangat2 tak cukup. sbb tu ada bunyi2, fresh graduate nampak je hebat. tp buat kerja tak retiii. dan sbb tu jugalah firm2, company2 tak byk ambik fresh graduate jika dicompare dgn org y berpengalaman even without highers certificate. jd, penat jelh belajar tinggi. tak gituu?
jd, utk pihak berwajib, sudah2 la buat sistem mcm nii. kami ni dah letih hafal teori, formula dan buat kerja kursus yang kebanyakkannya bila berkumpulan ada yang lepas tangan! kami mahukan skill. mohon sediakan platform utk kami learn about something new supaya kami lebih produktif di masa akan datang.
feel free to give positive comment and also negative comment :)
– mal