Master aku tak ada harga

Assalammualaikum mohon approve admin tq ye..

Aku dah bekerja hampir setahun dan graduate master. Tetapi kerja yg aku lakukan sekarang hanya gunakan degree aku sahaja memandangkan aku involve dalam construction field, agak berisiko bagi kebanyakan industri untuk hired student master, ini based on experience aku temuduga ye, dimana kebanyakan company akan assume student lepasan master atau phd akan involve dlm education field dan tak akan lama kerja dgn depa. Aku sendiri pernah involve dalam education field sebagai pensyarah kerana itulah impian aku, tapi pengajaran dan pembelajaran atas kertas semata2 tanpa latihan praktikal sangat mencabar dan menguji pemikiran. Jadi aku mencabar diri untuk involve dalam dunia industri dan aku anggap mungkin belum masanya untuk aku jadi pendidik.
Tapi, itu bukan isu utama,isunya disini, aku sangat weak dalam financial management. Almost 1 year kerja, masih tak dapat buat simpanan.. gaji bersih around RM 2k sebulan dan setiap bulan aku ada personal finance record, cash in cash out, bajet yg akan dikeluarkan,berapa jumlah saving, dan aku ada 3 education loan yg perlu dibayar setiap bulan. Total semua around 40K selepas beberapa pemotongan dibuat, tapi sampai hari ini aku masih gagal untuk konsisten membayar.
Setiap tips untuk manage kewangan dengan efisyen aku study, simpan duit hijau, oren, 10% saving 10% infaq, beri pd parents,bayar kereta ( kereta ayah, aku pinjam je ), waima aku attend talk AKPK tntg pengurusan wang, tapi belum smpai tengah bulan aku da tak cukup bajet sampai ke hjung bulan ,korek balik tabung hijau oren, dan aku trpaksa meminjam.. dalam usia 25 tahun aku masih gagal buat simpanan, apetah lagi berdisiplin dalm menguruskan kewangan, mcm mana aku nak uruskan kewangan keluarga bila da berumahtangga..masa study dulu rasa kaya sangat bila ada banyak duit bulan2, takpe nanti kerja gaji mesti 3k ke atas takdehal lah nk bayar kan aku ada master.. tapi kesudahannya, itulah yg aku lalui sekarang dan aku akur atas kealpaan.
Dengan kehidupan yang makin mencabar hari ke hari, semakin aku rasa tiada harga untuk master yg aku dah miliki, jika persepsi sesetengah company macam yg aku katakan tadi. Disamping aku minta tips dan pandangan pembaca tentang mcm mana nak uruskan kewangan dengan efisyen, aku pun nk ingatkan jangan kita anggap kita ada degree ada master kita akan dapat kerja dan gaji mcam yg kita tulis dalam resume, waima aku pernah tulis dalam resume expected salary rm2100, dgn master aku ,depa boleh cakap "your expected salary is too high".dari rm2800, aku downgrad expected salary aku setiap kali attend interview sampailah ke rm2100. Dan aku penah bergaji rm1800 menggunakan master masa aku dalam education field. Tapi takpe, aku belajar bnyk perkara, jangan terlalu mendabik dada dengan qualification yg aku ada, sebab makin tinggi belajar makin banyak aku xtahu dan aku selalu ingatkan diri balik, Allah tak bagi ape aku nak sebab nanti mngkin aku lagi tinggi diri, lupa dan jauh dengan tuhan, sebab tu dia bagi apa yg sesuai, jgn nanti jadi istidraj kau nak ke mcm tu? Ha lebih kurang gitula aku monolog dengan diri sendiri.aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang walaupun ada kwan2 aku yg ada degree bergaji lebih dr rm3k, tapi itulah rezeki dan bahagian mereka ,setimpal dengan usaha dan kerja mereka insyaallah bahagian kita pun ada Allah akn bg nanti.
Jadi sekarang ni, kalau siapa2 yg ada tips untuk manage kewangan dgn efisyen, aku sangat memerlukan dan sangat berterima kasih. Tq share ye.

– Ulat gendon

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *