Lumrah hidup yg beronak

AKU….. Lahirnya aku dari rahim yg bergelar ibu. ALLAH adalah tuhan ku yg mencipta aku. Dlm sunyi hening subuh lahirnya seorang bayi perempuan tanpa suara. Apakah dia tidak mahu menyahut janji allah kerana tiada upaya untuk menunaikan di masa perjalanan hidupnya nanti?? Allahuakbar setelah dipaksa menangis si bayi itu pun mula meangis seperti tidak berdaya. Apakah dia sudah melihat perjalanan hidupnya ??? Mungkin. Mari kita baca perjalanan bayi ini. Comelnya…… Boleh saya ambil sebagai anak angkat? Pinta seorang pasangan yang tiada mempunyai anak perempuan. Kata si ibu bayi •owh ini adalah bayi perempuan saya yang pertama pastilah saya amat menyayanginya• ye lah kasih seorang ibu. Si ibu pun menjaga bayi ini sepenuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh, tetapi si ibu dan ayah bayi merasa hairan kenap bayi ini sentiasa menangis. Tangisannya seperti dicubit cubit. Si ibu tidak boleh melelapkan matanya setiap malam dan siang. Didodoi juga tidak mahu, akhirnya ibu tidur dlm keadaan duduk tersandar di dinding dengan kaki yang melunjur dan bayinya tidur di atas lunjuran kaki ibu. Bayi itu adalah aku….?

– Zur aida

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *