Assalamualaikum. Mohon admin approve cerita ni sebagai pengajaran dan tauladan untuk kita semua. Cerita ni mungkin akan dianggap cliche tapi inilah realitinya.
Pada hari khamis yang bertarikh 7/1/2016,Fina keluar untuk membeli barang sikit dekat salah satu convenient shop di Damansara.
Lepas membeli apa yang nak dibeli,masa nak keluar dari situ,Fina ternampak pasangan suami isteri yang dah tu (anggaran 60-70 tahun). Waktu tu lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Fina senyum dekat mereka. Si suami bawa beg pakaian dan si isteri bawa beg galas. Mereka berdua duduk dekat tepi kedai tu.
Fina hulurkan air sebab tengok mereka macam kehausan sangat dan letih. Fina pun duduk la sebelah mak cik tu. Fina berborak dan tanyalah beberapa soalan sehinggalah soalan yang agak peribadi.
Apa yang lebih memeranjatkan,mereka dihalau dari rumah oleh anak kandung mereka sendiri. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Rumah di kampung dijual sebab si anak berjanji nak jaga mereka di KL. Duit semua anak mereka yang pegang.
Si anak dah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Semasa sang suami berkerja,mak cik dipaksa buat kerja rumah. Pak cik tu pula dipaksa keluar cari tin atau botol kosong untuk dijual. Makan dan minum lansung tak dibagi. Pak cik dan mak cik dibagi makan dan minum dari lebihan makanan mereka. Si suami jenis yang takut isteri. Si suami lansung tak marah kalau si isteri maki hamun mak cik dan pak cik tu.
Sebab mereka dihalau adalah kerana mak cik tu terjatuhkan satu pinggan masa tengah basuh pinggan. Mak cik tengah sakit kepala dan demam panas. Anaknya tetap paksa dia buat kerja rumah dan tak bawa dia ke klinik. Anak dia terus naik hantu dan halau mereka keluar dari rumah tu. Pakaian di campak macam tu dari luar rumah. Mereka berdua menangis dan merayu kepada anak tetapi si anak tetap keras kepala.
Waktu mak cik tu cerita dekat Fina,air mata dia mengalir dengan lajunya. Fina apatah lagi. Menangis dekat situ juga. Kebetulan dekat situ ada jual nasi. Fina beli makanan untuk mereka. Pada mulanya mereka tolak sebab katanya dah makan. Tapi Fina tahu mereka tipu. Fina tetap bagi makanan tu dekat mereka. Mereka makan macam orang kebulur. Lepas makan mereka ucap terima kasih. Mereka pesan "anak,jagalah mak ayah semasa diaorang hidup. Selalu ukirkan doa buat mereka."
Sebelum mereka beredar,mereka sekali lagi ucapkan terima kasih. Fina hulurkan mereka sedikit duit tapi mereka tolak. Mereka dah cukup bersyukur dapat makanan tadi.
Fina tak sangka masih wujud anak sebegitu rupa di dunia akhir zaman macam ni. Buat anak tersebut,cepatlah bertaubat dan mohon ampun kepada mak dan ayah. Sesungguhnya tak cium bau syurga bagi anak yang derhaka.
– Fina