Assalamualaikum diucapkan kepada warga confession.. haha..
Seperti yang diberi tajuk di atas, aku nak cerita pasal adik aku..
Aku tak tahu nak cerita macam mana.. so, macam ni je laa aku cerita.. ayat berterabur sikit..
Aku ada seorang adik.. lelaki. Memang dia sorang je adik aku.. aku tak de adik lain..
Kisahnya macam ni.. adik aku ni, umurnya 12 tahun, form 1 laa kan.. pada usia macam ni memang normal kalau dia tertarik kepada jantina yang berlainan.. kalau dia tertarik kat jantina sama, tak ke payah.. haha.okey tak kelakar.
Baru baru ni dia berkenalan dengan seorang gadis laa.. kat facebook.. perempuan ni tua setahun dari adik aku ni.. haha.. part yang tak boleh blah, dia suruh adik aku panggil dia adik.. geli hati aku.. macam ada ulat duk menari kat hati.. bergoyang goyang.. haha..
Okey sambung..
Diorang selalu mesej mesej, telefon, whatsapp tak pernah sebab telefon adik aku tak canggih pun.. tak boleh install whatsapp haha.. padan muka.. >.<
Family aku tau pasal ni dan diorang tak suka adik aku buat benda macam tu.. katanya belum sesuai adik aku bercinta bagai.
Tah laa.. bagi aku benda tu normal.. tapi aku tidaklah menyokong apa yang adik aku buat.. mak aku suruh nasihatkan adik aku.. tapi aku tak tahu nak nasihatkan macam mana. Kang aku cerita neraka ada tujuh tingkat pun bukan dia paham. dia paham.. tapi tak terkesan di hati.. haha.
Setakat ni kalau mak aku tegur, dia tak tegur secara direct.. dia cuma cerita secara umum..
Jadinya aku nak mintak pendapat korang laa.. macam mana ye nak tegur adik aku, supaya dia tak sia sia kan hidup dia yang memang dah sedia tersia sia? Lagi pula dia sorang je anak lelaki.. jadi kami mengharapkan dia jadi orang lah.. bukan kayu.
Btw.. mak aku pun guna alasan yang sama masa aku sekolah dulu.. bukan masanya nak bercinta.. sebab tu laa aku single sampai sekarang.. kawan aku dah beranak satu.. aku sorang je masih single..*emoji gelak*
– Sis ida