Celaru Dalam Agama

Assalamualaikum , terima kasih admin .

Dan terima kasih juga pada confessor ‘melayu liberal’ . Your confession is worth reading .

Aku teringat kejadian yang berlaku waktu aku form 4. Aku bersekolah di sekolah aliran biasa . Sekolah yg memerlukan mujahadah sendiri kalau nak berubah .

Zaman remaja aku ialah zaman maklumat di hujung jari . Tak tau kenapa tiba tiba aku ada kesedaran untuk ‘cari’ sendiri ilmu agama yg aku terlepas pandang sebelum ni . Nak tanya ustazah aku takde masa . Nak tanya parents , parents aku golongan muslim biasa yang hanya lepas bab solat , aurat , puasa .

Jadi aku mulakan dengan baca buku tentang fardhu ain yg lengkap dengan perbahasan yg senang faham . Alhamdulillah boleh cope.

Jadi bila aku dah khatam bab itu , aku cuba pula cari hikmah diwajibkan tutup aurat , solat , yadda yadda . Dan entah macam mana aku ada terjumpa satu page di facebook . Sarcasm je lebih . Banyaknya sarcasm tentang ‘muslim meleis’ ‘liberal’ ‘meleis anti yahudi’ dan segala kejadahnya .

Antara salah satu post yang bagi kesan kat hidup aku sampai sekarang ialah post tentang hukum hudud . Katanya hukum hudud itu barbaric dan tak bertamadun . Iceland antara negara paling selamat di dunia tak mengamalkan hudud.

Jadi bila aku baca post post tu aku mula terfikir – betul jugak . Jantung aku berdebar , aku cepat cepat istighfar . Makin lama aku baca page tu dan juga bacaan ilmiah yang lain (berbentuk keagamaan) makin celaru aku jadinya .

Lagi lagi banyak bahan bacaan berbentuk agama yg lebih kepada mengancam . Hukum itu wajib buat , hukum ini tak boleh buat kalau tak masuk neraka . Bla bla bla . Tp mostly tak dinyatakan langsung apa hikmah disebalik hukum tersebut , apa rahmatnya kepada manusia . Di dunia dan akhirat .

Dari situ aku mula terfikir – aku Islam cuma sebab parents aku muslim . Lebih kurang macam aku menganut agama warisan . Aku tak nak menganut agama warisan . Aku nak anut agama yang betul .

Dan persoalan ni jd lebih besar . Siapa Tuhan aku sebenarnya ? Aku terfikir apa sebenarnya tujuan aku hidup kat dunia ni . Aku menangis malam malam sampai badan aku lembik . Terdemam demam aku .

Aku tak bagitau parents aku . Ended up ada sorang kawan aku (kawan sekolah rendah) – datang dari family yg ada latar belakang agama yg kukuh . Aku luahkan semuanya pada dia . Jadi dia nasihatkan aku jangan menafsir ilmu agama ikut akal sendiri . Dia ajak aku join usrah kakak dia . Jangan duduk sorang sorang.

Alhamdulillah , aku mmg cukup berkenan dengan geng tu . Even ilmu tinggi ,diorang bukan la golongan jalan tunduk langgar tiang . Di samping hukum , asas fardhu ain , kak naqibah juga banyak cerita tentang sirah nabi , cara nabi tolerate dengan non muslim . Ada juga perbincangan relation between Islam-sains . Sangat menarik memandangkan aku aliran sains .

Dah setahun aku join geng tu . Every second is worth it . Jazakallah . :-)

Jadi ,kalau nak cari ilmu agama , bergurulah . Kalau kau duduk sorang sorang , waktu tu syaitan akan mula cucuk jarum.

– Emalin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit