Suamiku Curang Dengan Janda Anak Ramai

Assalamualaikum semua. Just nak luahkan perasaan kecewa dan hancur lebur hati ini lepas dapat tahu suami curang dengan janda tua dekat dating app.

Sungguh tak sangka, lepas 3 tahun kahwin, beranak dua anak dia, anak kedua dia jadi bidan, ini yang aku dapat.

Dia siap plan nak kahwin dengan janda tu dan bagitahu kalau aku tak izinkan, dia nak ceraikan aku.

Dia cakap kat janda tu, dah tak ada hati kat aku. Just fikirkan anak2. Siap cakap aku ni tak cantik, ada saka, asyik gaduh memanjang. Allahu.

Pedih sangat baca conversation mereka.

Janda tu siap ajak suami aku jumpa bawa anak2. Besar betul impian dia nak jadi mak kepada anak2 aku.

Tengok profil memang orang tengok janda tu baik konon anjurkan kem ibadah solat dekat surau. 

Dia janda anak ramai, tak pasti berapa orang. Siap calling-calling dengan husband aku dekat dating app.

Sebelum ni baca kisah orang lain, tak sangka kali ni jadi dekat diri sendiri.

Malu ya amat.

Tak tahu nak letak muka kat mana ada suami curang macam tu. Siap tak malu hantar gambar konvo dekat janda tu. Padahal yang konvonya aku, bukan dia.

Apa salah aku, kurangnya aku, aku tak tahu. Kereta aku dia pakai, rumah sewa kadang-kadang aku yang kena bayar. Duit gaji pekerja pun aku yang kena fikir. Tak sangka betul dia buat aku macam ni.

Walaupun aku tak sempat kemas rumah, bukan alasan untuk dia mengkhianati hubungan suami isteri.

Nak taip pun terlalu panjang. Sebab hati terluka ni belum heal lagi sepenuhnya.

Husband dah minta maaf dengan aku, dia kata masa tu tengah marah.

Tapi aku sendiri buntu, tak dapat nak maafkan dia sepenuhnya.

Hanya mampu berdoa dan solat istikharah supaya Allah tunjuk, kalau betul dia jodoh aku dunia akhirat, aku harap dia setia dengan aku walau apa jua keadaan.

– Broken (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Takziah kpd sis.
    Semua tu alasan je sebab suami nak mencurang.Skrip sama mana2 lelaki akan burukkan istri sendiri sbb nak raih perhtian wanita lain.
    Zmn skrg sis..ustazah sekolah ke..guru taska ke..staf jabatan ugama ke..tenaga pengajar keislaman ke..itu kulit luar je.Masing2 bukan kebal dari hawa nafsu.Seronoklah jnda tu dpt perhatian suami awk lg dia dh burukkan awk lg la jnda tu rs entitled(terpaling)

    Cuba confess dgn suami apa dia nak sebenarnya dan kalau tak jln juga kena berani walk away jln terus dari hidup dia.Jgn biar lelaki pijak maruah kita sbg wanita.
    Buat mcm sis x kisah x cemburu x mrh.Jgn tnjuk emosi sedih ke apa.Mohon istikarah dgn tuhan tunjuk kekuatan apa yg sis akan pilih.Semoga sis kuat.Yg pntg kena self love.self love.self love.Jgn krn cintakan seseorg hingga diri yg terkorban

  2. Kuat sis. Jgn layan drama 2 ekor tu (suami dgn janda tak tau malu) confront laki kau tu dgn berhemah. Kalau itu yg dia nak.. sis sila kan je lah. But make sure sis prepare semua jgn tinggal se sen pun dkt laki tak guna tu. Walk away with proud. Don’t waste your energy untuk org yg tak hargai kita.

  3. Kenapa masih berharap sgt dgn husband. Kalau rasa dah sakit hati sgt, dan mampu nak hidup sendiri, sila la, actually kalau suami awk mampu, tk ada masalah, kalau tak mampu, go your own way je la, apa nak kena dia jugak ada. Kalau semua org fikir sama mcm awak, mmg takde kes cerai la.

  4. Bg pluang pd suami awk..if buat lg..cerai je..xyah pening2….dia nk janda ank ramai tu biar la….nk bela awk pn xcukup…ada ati nk bela janda tu🤣🤣🤣🤣🤣

  5. Sis, jgn down, orang tak suka, kau pun x ingin.lepaakan dia agar berjaya mnjadi bapapk tiri pd anak2 yg ramai tu.ko p mahkamah..apa sis x rasa tersakiti dan malu ke dgn kata hinaan dia ?? Sygi diri, lepaskan, baiki diri apa yg kurang, jd lebih cantik dan berjaya..dan Jangan berbalik padanya walau dia nangis air mata darah selpas kau jd janda cantik yg berjaya..aku cakap sebab aku dah buat..cantik, berkerjaya dan anak2 dh besar..carilah jodoh baru bila dah cantik tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *