true muslimah
Expectation saya kat muslimah yang berniqab amatlah tinggi. Dengan kata yang lebih mudah saya sanjung mereka kerana bagi saya muslimah yang berniqab orang-orang yang mempunyai ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari diri saya. Saya hanya muslimah yang normal yang mempunyai demand yang tinggi untuk berniqab macam mereka. Saya ubah cara saya berpakaian dari bidang 45 kepada bidang 55. Saya ubah diri saya sedikit demi sedikit. Jujur saya cakap pengetahuan saya dalam agama amatlah sedikit. Nak baca Al-Quran pun masih tergagap. Kadang-kadang tu perasaan cemburu timbul bila tengok kawan-kawan yang dapat baca Al-Quran dengan lancar sehingga saya menitiskan air mata kerana saya nak jadi macam mereka. Saya ada kawan yang berniqab, dia akan memakai niqab setiap kami keluar jalan-jalan. Dia seorang yang ramah dan cantik orangnya. Ramai lelaki yang tertarik dengan sikapnya yang ramah dengan semua orang. Kalau pegi kelas pun memang dia akan menegenakan jubah yang membuatkan dia lebih cantik. Akan tetapi satu saya yang tak tertarik dengan dia,dia tak jaga batas pergaulan dia dengan lelaki. Bukankah dalam Islam menyuruh kita untuk menundukkan pandangan kita dari mahram kita. Bila saya tengok status dia kat laman social semuanya islamik dan bila saya tengok pada ruangan komen semuanya lelaki dan kawan saya membalas setiap komen tu dengan ramah sekali sehingga boleh dikatakan sangat mesra. Pernah dia cakap ada kawan dia dari U sekian sekian datang nak jumpa dia. Saya tanya dia siapa “usman” (bukan nama sebenar) datang nak jumpa kau? Dia tak jawab pun pertanyaan saya. Jadi saya tanya lagi keluar dengan siapa dan dia kata dia keluar sorang. Lepas beberapa hari tu ada la dia post gambarnya yang mengenakan niqab tengah keluar jalan-jalan. Kenapa dia tak menjaga pergaulan dia?? Dia tidak tahu ke pasal ikhtilat?? Ye memang Islam tu bukan terletak labuhnya tudung ataupun cantiknya dia mengenakan niqab. Tapi apa dia tidak memikirkan apa yang lain akan fikirkan jika dia berbuat sedemikian. Orang non-muslim juga akan fikir sedemikian juga kerana apa yang mereka tahu orang yang mengenakan serban dan bertudung litup itu orang yang alim dalam Islam. Kenapa kita ingin memburukkan pandangan mereka terhadap muslimah yang berniqab. Saya mohon tolong ubah perangai dan akhlak anda dulu sebelum berniqab. Jaga pergaulan anda. Kita sebagai muslimah tak pernah tahu apa yang orang lelaki fikirkan bila tengok kita. Bak kata orang, lelaki ni ada ability tengok benda yang tak sepatutnya walaupun kita berpakaian litup sekalipun. Sebagai seorang muslimah kita kena pandai jaga batas pergaulan dengan bukan mahram kita. Ubah cara kau react depan diorang,bukannya ketawa berdekah-dekah ataupun ketawa yang bajet comel. Bila saya kenal awak, saya ingat saya ada peluang yang besar untuk berubah . Dan saya malu dengan awak ,bukan kah Islam mengajar kita untuk tidak menipu dan meniru. Mungkin meniru dan menipu tergolong dalam dosa kecil(betulkan jika saya salah) tapi kenapa setiap kali test awak meniru dan lepas tu awak berlagak depan orang lain dengan markah awak. Carry marks awak tinggi dari saya, saya tak kesah pun sebab apa sebab saya tahu itu aku usaha saya sendiri. Budak yang lain pun tahu cuma mereka diamkan je. Bila dalam kelas awak pula sibuk berfacebooking. Islam sekarang bukan pada nama sahaja tapi hanya pada litupnya mereka berpakaian. Tolong awak jangan cemarkan persepsi orang tentang Islam. Ye muslimah bukannya makhluk Allah yang sempurna tapi sekurang-kurangnya cuba la untuk jadi seorang dari mereka. Muslimah yang menjaga akhlaknya dihadapan bukan muhrimnya. Awak post gambar yang mengenakan niqab dilaman social dan awak dapat puluhan likes ada yang komen yang cakap awak comel dan rata-ratanya lelaki. Apa motif awak post gambar berniqab dilaman social untuk dapatkan likes??
Saya menulis ni bukan apa, hanya tefikir kenapa ada yang macam ni. Saya pandang tinggi pada orang yang bertudung labuh apa lagi berniqab. Dan bila saya dengar satu usrah ni persepsi saya berubah terhadap mereka. “muslimah yang berniqab tapi mempunyai penyakit kelamin”. Tingginya dan mulianya Islam tu bukan pada pakaian mereka tapi pada hati dan akhlak mereka. Pada hebatnya mereka melindungi maruah diri mereka.
p/s : just for sharing. Xoxo : le (doakan aku para muslimah sekalian)
– budak baru belajar