Di mana ada kemahuan!! – 10:33 AM

Di mana ada kemahuan!!

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yg serba kekurangan.. aku anak sulung. Ayh aku sorg pekerja di syarikat swasta. Terbaca berita seorang siswa terkoyak usus akibat lapar. Tergerak hati aku mnceritakan kisah aku ketika bergelar pelajar di sebuah universiti pada tahun 2008.. Agak malang ketika aku belajar. Aku tak dapat pinjaman ptptn. 7 kali borang dihantar. 8 kali d reject. Pndapatan ayah aku hampir separuh di hantarkn kepada aku untuk menampung prbelanjaan aku termasuk yuran belajar. Asrama. Makan dan lain2. Adik2 aku pulak duduk di asrama. Mgkin bab makan ad di sediakn d sekolah.

Ketika masuk sem 2. Ayah bg tahu aku yg syarikat tmpt ayah bkerja tidak mahu pekerjannya mmbuat kerja lebih masa.. brmkna pndapatan ayah dah kurang. Tiba2 trkeluar dari mulut aku. "Ayah jangan risau la.. along boleh usaha sendiri." Perkara prtama aku ubah cara hidup aku. Benda yang tak berapa penting untuk aku guna. Aku lupakan. Aku mula mencari kerja part time. Alhamdulillah.. aku dpt kerja di kedai makan masakan panas tidak jauh dari kolej. Faktor aku bekerja di sini adalah hanya untuk "makan".. duit sudah jatuh ke tempat no 2.. kelas aku bermula pukul 8.30 dan habis pukul 5 ke 6 petang.. aku jumpa semua pensyarah aku memohon agar mereka kurangkan kelas di waktu malam dan aku berterus terang dengan mereka masalah yang aku hadapi . Mereka bersetuju dengan cadangan aku. Dari pelayan kedai aku belajar jadi pmbancuh air. Sehingga aku belajar untuk memasak. Misi aku hanya satu. Makan malam dan sarapan pagi. Sampai ke kedai dalam pukul 6.30 ptg. Aku di beri makan. Dan balik ke rumah dalam pukul 12.30 aku di beri nasi kosong beserta tomyam. Makanan itu la yang jadi sarapan pagi aku. Aku di bayar rm30 dan di naikkan rm50 ketika memegang senduk mnjadi pmbantu tukang masak. Wang ini lah membayar yuran dan kegunaan harian aku.

Masuk sem 3 aku di kejutkan dengan berita tidak dpt tnggal di kolej kediaman. Luruh rasa hati.. 2 hari aku mncari rumah sewa.. ttpi tak jumpa. Akhirnya aku trjumpa satu rumah tinggal yang bilik serta dapur yang boleh di gunakan. Ruang tamu dan lain2 habis berlubang. Aku berjumpa dengan waris rumah trsebut. Pada mulanya beliau brkeras tidak mahu menyewanya. Tetapi aku mnceritakan kesusaha aku. Beliau brsetuju mmberi aku tnggal di rumah itu tanpa sewa selama 6 bulan dengan syarat aku mstilah mmbersihkan kwsan rumah trsebut dan membaiki kerosakan rumah sekadar mampu. Air dan elektrik pula di bekalkan oleh jiran berdekatan secara ihsan oleh seorang mak nyah@ bapuk dan juga sorang penagih dadah. Segalanya di permudahkan olehNya. Sem itu juga aku menjalankan 3 kerja. Seorang pelajar. Pembantu tukang masak. Dan pembasuh pinggan di kedai mamak. Pkul 8 hngga 5-6 ptg aku seorang pelajar. 6.30 hngga 12.30 pmabtu tkang masak. Pkul 1 ke 2.30 tkang basuh pggan. Sabtu dan ahad aku siang aku mmbuat tugasan yang di berikan. Waktu itu emas. Dlm 2 hari aku akan siapkan tanpa alasan. Begitu rutin aku sehingga aku tamat belajar. Perkara yang aku bangga adalah. Ketika sahabat yang lain menanggung hutang pelajaran ketika bekerja. Aku seorang sahaja yang bebas hutang. Air mata yang mengalir ketika berjalan kaki ke kedai makan. Ketika membasuh pinggan kini terbayar. Pabila aku melalui kolej. Rumah sewa. Kedai makan semuanya menjadi kenangan yang amat berharga. Terima kasih kepada jiran aku abang@akak maknyah sbb bagi subsidi air. Dan abang mat pet sbb pg subsidi api serta nasihat yang berharga untuk sy tempuhi hari2 yang sukar ketika belajar dulu. Di mana ada kemahuan!!!!

– Lurizan Muhammad

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *