Nak Masuk UIA Sangat
Assalamua'laikum..
–
Aku tak tahu lagi nak cari info kat mana sebenarnya. Macam ni, sebenarnya dari sekolah menengah lagi aku sudah mempunyai impian utk ke UIA tapi malangnya, setelah tamat SPM, rezeki aku utk ke UIA tu takde. Dulu waktu dalam UPU pun, aku mintak asasi law utk ke UIA sebab aku memang nak jadi lawyer tapi slack sbb english aku C+ jadi memang payahlah nak masuk UIA. Even kalau aku mintak kos lain sekalipun, kalau english aku dah C+, still susah nak masuk UIA kata orang. Jadi aku disini tahan rasa sebab aku anggap aku tak ada rezeki. Mungkin masih belum ada lagi.
–
Now, Alhamdulillah aku sudah hampir menamatkan pengajian diploma disalah satu universiti awam di pantai timur dalam pengajian Islam. In Shaa Allah akan graduate diploma dalam tahun ini, doakan :)
–
Baiklah, point utama sebenarnya yang aku nak tanya ialah; Boleh ke pelajar lepasan diploma dari Universiti lain macam aku ni, nak sambung ijazah di UIA? Sebab jujur juga, ada kos pengajian Islam for degree di UIA yang aku nak dan kos tu tidak ada di universiti yang sedang aku belajar sekarang ni. Dan utk pengetahuan jugak, MUET aku band 2 je jadi sekali lagi, aku rasa down sebenarnya. Aku macam nak tepis jugaklah perasaan down aku tu memandangkan kos yang aku nak ambik ni adalah something yang berkaitan dengan pengajian Islam. Tapi then, ada seorang hamba Allah tu down kan aku lagi dengan mengatakan yang UIA memang nak ambik pelajar dengan english yang bagus sahaja jadi tulah. Aku down dan terasa kecewa jugaklah sebenarnya. Terasa macam dah tiada harapan hahahahahaha
–
Jadi sekali lagi ini soalan aku:
1) Boleh ke pelajar lepasan diploma dari universiti lain macam aku ni nak sambung degree dkt UIA?
2) Kalau boleh, macam mana caranya?
3) Adakah MUET mempengaruhi? Kalau ya, sekurang-kurangnya band berapa yang perlu aku capai utk ke UIA dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian Islam?
–
Terima kasih :)
– Pelangi Hati