Confuse
Assalamualaikum. Maaf kalau soalan yang aku nak tanya ni macam tak penting sangat untuk korang tapi cukup penting untuk aku. Harap harap adalah yang sudi nak jawab. Aku dah google tapi tak yakin sebab biasalah sekarang ni kan, macam macam fahaman yang ada. Aku boleh je tanya orang lain yang lebih berilmu tapi adalah sebabnya kenapa aku pilih untuk tanya kat page ni.
Okay camni soalan dia. Kalau kita solat, mestilah kena baca niat kan. Tapi sah tak solat kalau kita niat dalam bahasa melayu. Contohnya kalau solat subuh dia tak baca pun 'usolli fardu subhi rak'ataini adaan lillahi taala'. Tapi dia sebut Sahaja aku soalat fardu zuhur kerana Allah taala.
Aku rasa sah je. Tapi ada yang cakap tak sah. So aku harap adalah yang respons. Thank you.
– QA